,
Laman Utama

Isu Palestin, Dai Syed Mohon Maaf Lukis Darah Pada Wajah Isteri

Mya Amri
28/10/2023
07:55 MYT
Pendakwah selebriri, Da’i Syed tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan mengatakan dia tidak sensitif terhadap isu Palestin.
Syed menjelaskan perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok yang dimuat naik semula oleh peminat pada Jumaat.
Menurut Syed, tidak ada timbul niat walau sedikit pun bagi dirinya untuk memperlekeh atau mempersenda keadaan yang sedang menimpa umat Islam di bumi Gaza ketika ini.
"Mungkin disebabkan saya ada ambil lipmatte berwarna merah ini dan melukiskan sedikit di pipi Hana kemudian saya conteng sedikit sebagai darah sambil berkata ini barulah Palestin.
“Demi Allah, demi Al-Quran, demi Rasul..saya tak ada langsung menghina rakyat Palestin dan sebagainya. Sebab memang ada orang menunjukkan solidariti dengan melukis wajahnya. Mereka conteng wajah berwarna Palestin dan ada buat darah sedikit.
“Saya tak ada pun menghina dan sebagainya. Wallahi… Demi Allah, jadi saya ingin jelaskan, tak ada niat pun. Untuk apa saya buat tu untuk hina?” soalnya.
@itsme_daisyedfans Meminta maaf adalah dimuliakan. Memaafkan orang lagi mulia daripada orang yang meminta maaf. #daisyed #hanaismail ♬ bunyi asal - its.me_daisyedfans
Dalam pada itu, Syed juga memaklumkan dia merupakan antara sukarelawan yang sering ke negara-negara bergolak untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.
“Saya antara orang yang memang pergi ke negara-negara Timur Tengah, pada tahun 2019 saya pergi ke Syria, saya buat bantuan kemanusiaan.
“Orang hina saya tak apa, tapi saya syukur Allah beri kesempatan pada saya untuk saya bantu orang-orang di sana.
“Saya turunkan ego saya, saya mohon maaf kerana saya yakin bila saya mohon maaf tidak jatuh pun diri saya.
“Ya mungkin itu kesalahan saya secara spontan, tetapi pada hakikatnya demi Allah saya tidak ada pun niat untuk menghina,” jelasnya.
Saksikan permohanan maaf Syed di bawah:
Terdahulu, tindakan Syed berseloroh menggunakan gincu merah sebagai tanda darah Palestin itu mengundang rasa kurang senang netizen.
Rata-rata netizen memberikan komen negatif dan melabelkan Syed sebagai seorang yang tidak sensitif terhadap isu peperangan yang sedang melanda Palestin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

gempak
01/11/2024
00:55 MYT
Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Hiburan

“Moga Allah Angkat Musibah Kita…” - Hana Ismail Titip Ucapan Hari Lahir Buat Suami, Syed Iqmal

gempak
23/10/2024
02:55 MYT
Sempena ulang tahun penceramah selebriti dan penyanyi Syed Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed, isterinya iaitu Hana Ismail menitipkan ucapan istimewa.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Yahya Sinwar Terbunuh Akibat Tembakan Di Kepala

gempak
19/10/2024
04:55 MYT
Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat "kecederaan otak traumatik yang teruk" selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Unitar