Laman Utama
Jadi Suri Rumah, Memey Dedah Sikap Norman Hakim: "Setengah Jam, Gosok Sehelai Baju..."
Bernikah pada tahun 2011, rumah tangga pasangan selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza telah melalui banyak fasa.
Hidup berdua sehingga kini dikurniakan tiga cahayamata, mereka hidup harmoni kerana toleransi.
Malah, pengorbanan Memey untuk meninggalkan dunia seni dan menjadi suri rumah sepenuh masa banyak membantu kelancaran dalam rumah tangga mereka.
Menurut Memey, biar menjadi suri rumah, itu bukan bermakna Norman memperlakukan dirinya seperti seorang tukang gaji.
"Dia banyak membantu, cuma saya lebih suka lakukannya sendiri sebab cepat.
"Misalnya, dalam masa setengah jam, saya boleh menggosok 20 helai baju. Tapi Norman dalam setengah jam, dia hanya gosok sehelai baju," dedah Memey sewaktu hadir menjadi tetamu bersama Norman dalam program Borak Kelamin.
Norman juga memberitahu tidak akan membebankan isterinya dengan pekerjaan seperti orang gaji dan meninggalkan tips buat para suami agar sentiasa menghargai isteri sebelum mereka kehilangan orang yang tersayang.
Menerusi Borak Kelamin episod 9 iaitu Isteri Bukan Orang Gaji itu juga, pasangan bahagia ini turut mendapatkan nasihat yang dikongsikan oleh pakar iaitu Dr Mohd Nor Mamat.
Saksikan Borak Kelamin pada Isnin, 26 April jam 9 malam di Astro Ria Saluran 104 & On Demand.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin yang bersiaran setiap Isnin pada waktu dan saluran sama itu juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun keatas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Instagram: @memeysuhaiza
Must-Watch Video