Pelakon Jasmin Hamid melahirkan rasa bangga kerana ramai pelakon lama yang sebaris dengannya berjaya merangkul anugerah di Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) pada Jumaat lalu.

Menurut Jasmin pengorbanan mereka selama ini terbayar dengan penganugerahan seperti itu.

BACA: [SENARAI LENGKAP PEMENANG] - Filem One Two Jaga & Drama Bersiri Di Sisi Dominasi Anugerah Skrin 2019

“Syukur alhamdulillah dan tahniah buat semua sahabat-sahabat saya yang menang dalam #ASK2019 ..BEST OF THE BEST!

“Pengorbanan mereka sudah terbayar dengan kemenangan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka,” tulisnya.

Jasmin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama, Jasmin tetap berharap pelakon-pelakon baharu juga ada peluang memenangi anugerah seperti itu.

Bagaimana pun, Jasmin berkata pelakon baharu kini perlu lebih bekerja kerasa dan bukan hanya mengejar bilangan pengikut di laman sosial sahaja.

“Semoga satu hari nanti, pelakon-pelakon baru juga akan dapat anugerah yang sama tapi kena kerja kuat sikit la..

“Kena JUJUR dengan watak.. JANGAN KEJAR SANGAT FOLLOWERS.. JANGAN RIAK sebab ramai FOLLOWERS.. Kalau tak, pelakon-pelakon lama juga yang akan monopoli PELAKON TERBAIK..

“Populariti tu penting tapi jangan sampai abaikan mutu kerja...” tegasnya lagi.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Jasmin merupakan pelakon yang mula popular di era 90-an dengan filem seperti Boss, Kanta Serigala dan banyak lagi.