Pelakon Jalil Hamid mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu.

BERITA TRENDING: “Apa Dosa Pelakon Tua?”- Jalil Hamid Kecil Hati

Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, berkata, dia akan muntah setiap kali selepas makan sehingga memaksanya untuk hanya menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.

“Dalam tempoh setahun ini, berat badan turun banyak iaitu sekitar 30kg sebab bila makan, memang akan keluar semula.

“Jadi, saya hanya boleh makan sesuatu yang cair seperti bubur.

“Penurunan berat badan ini juga membuatkan saya tidak stabil ketika berjalan.

“Saya juga sudah tidak boleh memandu kereta jadi isteri yang bantu hantar ke mana-mana,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut penyakit dihidapi, dia disahkan menghidap masalah jantung bengkak selepas menjalani pembedahan sekitar Julai tahun lalu.

“Kini saya pelu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di hospital memandangkan doktor mengesyaki saya ada masalah berkaitan jantung.

“Doktor ada minta dimasukkan ke wad tapi saya menolak. Alhamdulillah, saya masih okey dan sudah mampu berjalan berbanding sebelum ini,” ujarnya lagi.

PILIHAN PEMBACA: "Aku Rasa Terhina... Rasa Penat & Sia-Sia Kumpul 7,8 Anugerah Pelakon Terbaik & Popular" - Jalil...

Sumber: Kosmo! Online