Seorang jurulatih larian, Jeffrey Ross telah menyahut cabaran dalam menyertai 6 Kejohanan Marathon Dunia (WMM) pada tahun 2024.

Bantu 3 badan amal

Menurut Jeffrey, 49, cabaran itu dijalankan bertujuan untuk percubaan memecah rekod dunia dan untuk mengutip dana bagi membantu golongan yang memerlukan seperti badan amal Home of Hope (Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia), Suka Society dan sumbangan pembinaan sumber air bersih di sekitar kawasan kampung dan sekolah di Asia Tenggara.

"Untuk sumbangan air itu saya mendapat inspirasi selepas saya membaca buku daripada pengasas Scott Harrison. Kebanyakan orang mengambil mudah tentang air bersih, begitu juga saya, dan kerana saya sentiasa dapat peluang untuk minum air sejuk yang segar selepas berlari, saya selalu terfikir betapa bertuahnya saya.

"Jadi saya ingin menyokong badan amal yang terlibat secara langsung dengan air iaitu untuk mengumpul sebanyak USD10k (RM47,051.12), yang kemudiannya akan membolehkan kami membina sumber air yang bersih untuk sekolah atau kampung di Asia Tenggara.

"Home of Hope (Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia) pula telah dicadangkan oleh salah seorang pelajar larian saya. Apabila saya pergi melawat ke tempat itu, saya sangat kagum dengan komitmen dan semangat pasukan mereka.

"Bayangkan mereka sedang sakit tenat, namun tidak mampu untuk tinggal di hospital. Jadi saya mengambil inisiatif dan berbesar hati untuk mengumpul dana untuk Home of Hope Malaysia.

"Manakala bagi Suka Society pula telah dicadangkan oleh rakan saya, dimana mereka sedang berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa penyuludupan manusia di Malaysia, jadi saya tertarik juga untuk membantu mereka ini semua.

"Kempen pengumpulan dana dibahagikan seperti berikut iaitu 75% kepada amal, 25% kepada separuh daripada kos projek (penyertaan perjalanan & perlumbaan). Saya akan membayar sendiri separuh lagi kos projek. Selepas itu, semua sumbangan pergi ke badan amal," katanya ketika ditemubual Gempak.

6 larian marathon

Jeffrey akan menyertai 6 larian marathon iaitu:

Tokyo Marathon - 3rd March 2024

Boston Marathon - 15th April 2024

London Marathon - 21st April 2024

Berlin Marathon - 29th September 2024

Chicago Marathon - 13th October 2024

New York Marathon - 3rd November 2024

Untuk sumbangan

Orang ramai boleh membuat sumbangan sebelum tarikh tutup (November 2024) di https://sixmarathonmajors.com/ atau di http://simplygiving.com/event/jeff6wmm2024

Sekadar info, sebelum ini Jeffrey pernah juga sertai 22 maraton berkostum untuk tujuan amal bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.


Berita Trending: Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam

Berita Trending: Siti Nurhaliza Bakal Dianugerahkan Biduanita…