,
Gaya Hidup

Nihon Matsuri 2024: Festival Jepun Terbesar Kembali dengan Tarikan Baharu Yang Menarik!

Gempak
22/07/2024
18:55 MYT
Festival Jepun terbesar yang paling dinantikan, Nihon Matsuri 2024 bakal menyita perhatian orang ramai menerusi penganjurannya tahun ini yang dijadualkan berlangsung di Tempat Letak Kereta B Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menjanjikan gabungan unsur moden dan tradisional yang luar biasa, Festival Nihon Matsuri pada tahun ini turut memberikan pengalaman budaya yang mengasyikkan, selain meraikan kekayaan warisan Jepun.

Tarikan baharu

Pengarah Trumpet International, Koo Kien Keat berkata, Nihon Matsuri 2024 lebih daripada sekadar perayaan.
“Ia adalah peluang untuk semua orang menyelami keajaiban dan keindahan budaya Jepun.
"Kami teruja untuk menyatukan program dinamik yang memenuhi semua peringkat umur dan minat, memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

ARTIKEL BERKAITAN: GMW Giveaway: Nihon Matsuri

ARTIKEL BERKAITAN: Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

Nihon Matsuri 2024 menampilkan program atas pentas yang menarik, mempamerkan gabungan persembahan bertenaga yang menyerlahkan kedua-dua seni Jepun kontemporari dan klasik.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan jalanan Jepun yang lazat, menyertai permainan dan bengkel interaktif dan menikmati pelbagai aktiviti yang direka untuk mencipta kenangan abadi bersama rakan dan keluarga.
Antara tarikan unik festival ini ialah laluan pejalan kaki buluh liar yang menawarkan kepada pengunjung pengalaman seolah-olah berjalan melalui Arashiyama Bamboo Grove yang tenang.
Selain itu, Taman Manekineko turut menampilkan Manekineko kembung setinggi 7 meter yang menakjubkan, memberikan peluang bergambar yang menarik untuk semua pengunjung.
Dalam meraikan acara besar ini, Festival Nihon Matsuri bakal menawarkan pelbagai hadiah dengan wang tunai berjumlah RM100,000. Hadiah termasuk tiket penerbangan pergi balik ke Jepun, pakej pelancongan Jepun, hadiah wang tunai harian untuk peserta yang berpakaian terbaik dan banyak lagi.
Diadakan dari 25 hingga 28 Julai dan 1 hingga 4 Ogos ini, Festival Nihon Matsuri boleh dihadiri oleh pengunjung bermula pukul 4 petang hingga 11 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Nihon Matsuri 2024, sila layari akaun Instagram dan Tiktok rasmi @nihonmatsuri_ dan halaman Facebook.

Semak laman web tiket www.excitix.com.my dan alami pengalaman Jepun bersama keluarga dan rakan anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6

gempak
28/08/2024
15:53 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Teater Andak Bertandak

gempak
22/08/2024
14:19 MYT
Siapa nak menang tiket untuk menyaksikan Teater Andak Bertandak secara percuma?
Peraduan

GMW Giveaway: Final Piala FA 2024

gempak
22/08/2024
14:09 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Perlawanan Final Piala FA 2024?
Peraduan

GMW Giveaway: TRAP Merchandise Giveaway

gempak
22/08/2024
14:02 MYT
Siapa nak menang hadiah eksklusif daripada filem Trap?