Viral

Joy Revfa Akui Suami Ada Sejarah Hitam - “Ya, Dia Memang Ada Rekod Tak Baik Mainkan Hati Perempuan & Panas Baran Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
26/03/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Joy Revfa Akui Suami Ada Sejarah Hitam - “Ya, Dia Memang Ada Rekod Tak Baik Mainkan Hati Perempuan & Panas Baran Tapi…”
Dalam diam, rupa-rupanya usahawan kosmetik, Joy Revfa atau Siti Arifah Mohd Amin sudah menamatkan zaman jandanya dengan seorang doktor bernama Dr Adrian Yeah.
Pernikahan diadakan sebelum Ramadan, Joy turut memberitahu suaminya juga bernasib baik kerana hanya ‘cuci kaki’ memasuki rumahnya selepas mereka berkahwin.
“Ya memang Joy akui, suami baru ni tak ada harta yang banyak dan orang biasa saja. Rezeki dia la sebab dia masuk rumah Joy, semua perabot dan kelengkapan sudah tersedia dan dalam business pun Joy ajak dia sama-sama usahakan sampai berjaya.
“Joy suka sebab hati dia baik, rajin dan sebagai seorang doktor dia sangat ikhlas membantu orang-orang yang sakit, dia juga lelaki yang tidak kedekut dan tak ambil kesempatan pada Joy,” katanya.

PERNAH ADA REKOD TAK BAIK

Pada perkongsian di Instagram itu, bekas isteri kepada penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun ini turut mendedahkan suaminya itu pernah mempunyai sejarah hitam mempermainkan perasaan wanita dan panas baran.
“Ya betul, sebelum ni dia memang ada rekod tak baik, permainkan hati perempuan dan panas baran. Tapi lepas memeluk agama Islam dan mjadi seorang suami, dia benar-benar dah berubah.
“Betapa mahalnya hidayah Allah S.W.T hanya untuk orang-orang terpilih seperti dia. Kepada wanita-wanita yang pernah mengenali dia, mohon maafkanlah dia.
“Doakanlah perangai dia boleh berubah jadi lebih baik sampai bila-bila dan Joy juga yakin dia mampu menjadi imam terbaik untuk Joy hingga ke akhir hayat… InsyaAllah,” ujarnya.
Joy turut mengakui ada dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat baiknya tidak merestui hubungan mereka namun yakin jodohnya itu tepat.
Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.
Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 10 tahun.

BERITA TRENDING: Joy Revfa Minta Tolong Da’i Syed Carikan Jodoh Untuk Dirinya

BERITA TRENDING: “Dah Putus Tunang & Jadi Kahwin...Bercinta Dengan Perniagaan Lebih Menenangkan” - Joy Revfa

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024