Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Top Duo/Group di anugerah berprestij Billboard Music Awards (BBMAs) 2019 yang berlangsung hari ini.

Kemenangan itu sekaligus menewaskan calon hebat lain iaitu Imagine Dragons, Maroon 5, Panic! at the Disco dan Dan + Shay.

Istimewanya, BTS merupakan artis Korea pertama memenangi anugerahTop Duo/Group yang sebelum ini pernah dimenangi oleh artis terkenal Hollywood seperti One Direction, Greenday, Destiny's Child dan Backstreet Boys.

Selain itu, BTS yang dianggotai tujuh anak muda berbakat, Jin RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook ini juga turut merangkul dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Top Social Artist BBMAs 2019.

Lebih menarik lagi, ini merupakan kali ketiga BTS dinobatkan sebagai penerima anugerah Top Social Artist selepas memenangi anugerah yang sama pada tahun 2017 dan 2018.

Dalam pada itu, BTS juga turut membuat persembahan istimewa bersama Halsey menerusi lagu terbaru mereka, Boy With Luv.

Billboard Music Awards 2019 telah berlangsung dengan meriah bertempat di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas.