Laman Utama
"Kalau Ada Yang Betul-Betul Patah Hati, Maafkan Saya" - Remy Ishak
Pelakon tampan yang baru menjadi suami kepada usahawan Ezza Yusof, Remy Ishak memohon maaf seandainya ada peminat yang patah hati dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga.
Kata Remy, 39, dia akan tetap terus menghiburkan peminatnya menerusi karya-karya pada masa akan datang.
"Sejak dua hari lepas banyak betul message dari kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini.
"Saya tahu mereka semua adalah peminat & penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya, tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya.
"Insya-Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya," katanya.
Remy turun berkongsi sepotong video peminat yang menangis berlatarkan lagu Hati Yang Kau Sakiti nyanyian Rossa.
Remy dan Ezza telah selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 tengahari Sabtu lalu dalam majlis ringkas mematuhi SOP yang ditetapkan.
Must-Watch Video