,
Hiburan

"Kalau Diberi Pilihan, Saya Pilih Menyanyi Dari Berlakon Sebab Saya Tak Nak Stress" - Alvin Chong

Ernalisa
30/09/2024
09:55 MYT
Mula mencipta nama sebagai penyanyi lagu Mandarin, Alvin Chong makin dikenali sebagai pelakon.
Enggan menoleh ke belakang, Alvin mengakui lebih cenderung memilih bidang nyanyian daripada lakonan.

BERITA BERKAITAN: Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!

BERITA BERKAITAN: Nenek 80 Tahun Bersaing Rebut Mahkota Miss Universe Korea

BERITA BERKAITAN: Influencer Dengan 1.5 Juta Followers Ditahan Reman, Buat Aksi Drift

BERITA BERKAITAN: Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

"Kalau menyanyi saya boleh nampak emosi orang suka atau sedih dan kita boleh terus berborak dengan dia. Tapi kalau berlakon, watak tu jarang orang kenal, orang akan ingat itulah watak kita tapi sebenarnya bukan.

"Lagipun kalau berlakon drama akan tayang ambil masa (penggambaran) yang lama. Jadi, lebih mudah saya katakan, saya tak nak stress. Umur macam ni saya nak rilaks dan tenang.
"Andai diberikan pilihan, saya akan pilih menyanyi. Sebab muzik banyak membantu saya dari banyak segi, tetapi kalau berlakon akan banyak ambil masa panjang. Menyanyi juga terapi untuk saya," kataya.
Menjawab persoalan dikecam hebat gara-gara dia menyanyikan semula lagu Billie Eilish (Birds of Feathers), Alvin dengan seloroh memberitahu dia bukan penyanyi hebat dan disebabkan itu sudah pasti banyak cacat celanya.
"Memangla sebab saya bukan penyanyi profesional. Itulah yang membezakan kalau kita menyanyi di luar negara. Kalau buat silap orang akan tegur kesilapan kita.
"Berbeza dengan netizen kita, mereka lebih pilih nak mengutuk je. Tapi saya tak kisah pun. Janji saya happy.
"Tipu kalau saya kata saya tak stress. Mestila kita down kalau ramai sangat kutuk, sebab itu saya malas nak baca komen-komen sampai habis.

"Saya nak cakap, netizen pun janganlah terlalu mengutuk sebab memang saya tahu akan banyak kekurangan," katanya yang enggan membaca komen-komen yang boleh menjatuhkan semangatnya untuk menyanyi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Sharina Richie Berbeza Dengan Wanita Lain, Lebih Minat Enjin Kereta Berbanding Shopping! - “Saya Umur 19 Tahun Dah Ada Nissan 350Z”

gempak
26/09/2024
12:25 MYT
Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.
Viral

Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

gempak
07/08/2024
09:32 MYT
Satu keping foto memaparkan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia bergambar bersama pegawai perubatan, Jass Khuzairi mendapat perhatian ramai.
Hiburan

Anak Sulung Aliff Aziz, Bella Astillah Tunjuk Power Menyanyi! Ayden Adrean Dapat Sorakan Ramai

gempak
12/05/2024
00:36 MYT
Bersahaja, putera sulung pasangan selebriti sensasi Aliff Aziz dan Bella Astillah iaitu Ayden Adrean tampil mempamerkan bakat nyanyiannya ketika rumah terbuka penerbit filem D'Ayu Pictures pada Sabtu.
Hiburan

Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”

gempak
07/03/2024
09:55 MYT
Tak propa ye, semua tu real
Hiburan

The Gadys Teruskan Belajar Vokal, Elak Baca Komen Negatif Media Sosial - "Kami Bukan Hanya Menyanyi, Kami Penghibur"

gempak
04/03/2024
08:55 MYT
The Gadys masih dalam proses memperbaiki diri
BorakSeeni