Seekor kucing berwarna oren mencuri tumpuan wargamaya apabila dilihat terperangkap di dalam sebuah tong dalam keadaan banjir.

Menerusi laman sosial Instagram, seorang pengguna @qillyusuf berkongsi foto kucing oren yang lebih mesra disapa oyen untuk tatapan umum.

“Muar banjir guys, oyen perlukan bantuan,” tulis pengguna tersebut.Menerusi foto itu lagi, oyen kelihatan takut apabila terperangkap di dalam keadaan air banjir di sekelilingnya.

Malah, keadaan oyen itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang cukup dikenali sebagai pecinta kucing.

Syed Saddiq dikhabarkan terus ke Muar selepas sesi Parlimen semalam bagi melihat dan membantu mangsa serta rumah yang terjejas akibat banjir.

“Mana oyenn???!!! Saya otw. Dia boleh naik motorsikal sekali,” tulis Syed Saddiq mengulang kicau foto oyen tersebut.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai yang kasihan melihat nasib oyen malah ada juga yang terhibur.

“Apalah oyen, time ni lah nak belajar renang. Kau tu dah lah kena air sikit pun dah hura hara haaa belajar lah benda dah ada tu haaa,” usik seorang wargamaya.

“Waktu susah je behave oyen ni waktu senang tengok tengok duk rumah jiran sebelah,” kata seorang wargamaya.

“Hahahahahaha buat muka kesian pulak dia. Kalau nakal tahu tak ingat dunia,” komen seorang wargamaya.

“Tu laaa buat onar lagi, kan dah kene duduk dalam baldi. Rasain lor oyen,” tulis seorang wargamaya.

“Karma buat si oyen sebab selalu jadi terpalingggg kecoh hahaaha,” ujar seorang wargamaya lagi.

Menerusi kemas kini terbaru, seorang pengguna telah berkongsi sebuah video oyen telah diselamatkan dengan meletakkannya di dalam sebuah kotak polistrin dan dibawa mengharungi air banjir tersebut.

Sehingga kini, foto oyen tersebut telah menerima hampir 17,000 ulang kicau dan 24,000 tanda suka daripada warga Twitter.