Penyanyi dan rapper popular tanah air, Datuk Hattan serta Caprice tidak bersetuju dengan cara seorang youtuber terkemuka bertanya tentang wang sumbangan diterima pelakon cilik Puteri Balqis dan ibunya.

Hattan menerusi muat naik di laman sosial Facebook (FB) telah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan youtuber tersebut yang menjemput Puteri Balqis dan ibunya ke rumah baru-baru ini dan mengorek cerita yang bukan-bukan.

“Agak merimaskan apabila youtuber-youtuber terkemuka cuba ambil kesempatan pada kisah adik Balqis. Kalau nak buat duit pun janganlah sibuk nak korek cerita Balqis tu.

“Tanya soalan yang bukan-bukan…Dia budak budaklah…Boleh tak, tak payah sibuk dengan kehidupan Balqis tu?

“Biarlah dia hidup dengan ibu dia dengan tenang …Dia nak buat apa dengan duit dia, dia punya pasallah…Yang pegi sibuk-sibuk, buat apa? Rimas!


Bukan itu sahaja, malah sebelum posting ini dinaikkan Hattan turut mempertikaikan sikap netizen yang tidak membantu tetapi menabur fitnah tentang dua beranak itu.

“Mengenai adik Balqis, kenapa netizen-netizen ni nak pertikai itu, pertikai ini? Nak fitnah lagi...Rasa nak tolong, tolonglah ikhlas. Kalau tak tolong, buat bodoh sudah

“Tak payahlah nak fitnah Balqis tu, jangan buat dosa keringlah,” tulisnya.

Perkongsian Hattan itu mendapat reaksi berbeza daripada pengikutnya di FB. Namun, semuanya dijawab positif oleh penyanyi Biso Bonar itu.


Sementara itu, Caprice pula menerusi laman sosial Instagram (IG)nya turut membahaskan perkara sama.

Menurut Caprice, jika niat untuk bersedekah sepatutnya dilakukan dengan sepenuh hati bukan mempersoalkan pelbagai perkara.

Caprice telah memuat naik sedutan video Puteri Balqis sedang ditemu ramah usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri.

“Kalau betul-betul nak sedekah, do it with your heart and jangan soal. Kalau tak nak sedekah, tak payah bagi tapi tak payah soal jugak,” katanya.

Posting tersebut kemudiannya mendapat perhatian Aliff Syukri yang membalas di ruangan komen.

“Kenapa awak suka cari salah saya?,” tanya Aliff.

Kalau betul2 nak sedekah, do it with your heart and jangan soal. Kalau tak nak sedekah, tak payah bagi tapi tak payah soal jugak. ❤

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on