Pasangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman memberitahu tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan.

Menurut Syafie, perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah dan perlu bersedia sepenuhnya dari segala hal.

“Tak berani nak janji takut nanti berlaku apa-apa jadi ambil pendekatan selamat, Insha-Allah.

“Sibuk kerja juga merupakan antara salah faktor sebenarnya sebab perkahwinan adalah satu benda yang besar, jadi kalau boleh kita mahu merancang dengan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah, kedua-dua ibu bapa juga sangat memahami jadual anak-anaknya dan memberikan galakan kepada kami untuk membuat keputusan sendiri. Tiada paksaan dan masih boleh bertolak-ansur,” jelasnya.

Mengulas mengenai konsep perkahwinan, Aishah mengakui dia merupakan seorang wanita yang minimalis.

“Kalau kita rushing benda tu takkan jadi kita rancang betul-betul secara proper dan ada rezeki, Insha-Allah.

“Saya seorang sangat minimalis di mana saya tidak berapa suka yang over-over. Saya juga seorang perempuan yang tidak suka bunga-bunga sangat.

“Jadi… Mungkin untuk perkahwinan kami nanti tak ada tema bunga-bunga,” katanya ketawa.

Terdahulu, Syafie dan Aishah mendedahkan bakal melangsungkan pertunangan pada April Ini.

BACA: EKSKLUSIF: Syafie Naswip Dan Aishah Azman Bakal Bertunang April Ini

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).