Laman Utama
"Kalau Tak Bayar On Time Dia Dibelasah..."- Wardina Dedah Pernah Bantu Benjy Di Penjara
Pelakon Wardina Saffiyah terharu membaca nukilan arwah Benjy Ibrahim yang ditulis ketika berada di dalam tahanan di Medan, Indonesia.
Menurut Wardina tulisannya membuatkannya mahu mengimbau kenangan mereka bersama.
“Benjy’s “thoughts” in prison. He wrote so well. His command of English was excellent. That’s what I will choose to remember you with.
“Kak Dina (Wardina) kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telemovie ‘Kepulangan’ arahan Subaimi Baba,” katanya.
Pelakon Spanar Jaya itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik tulisan anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty yang didedahkan oleh sebuah portal.
Mengimbau kembali kenangan terkini bersama Benjy, Wardina memberitahu dia ada dihubungi pelakon itu untuk meminjam wang ketika berada di sana.
“Memang waktu Benjy contact Kak Dina untuk bantuan Akak ada was-was sikit. Takut dia beli dadah. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warga negara. Tak banyak pun sebenarnya.
“Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar on time dia di belasah. He was so desperate. Bukan mudah nak mengemis pada orang.
“Kak Dina tak lah terkilan sangat kerana akak dapat juga bantu Benjy and didn’t shun him. That’s what he said ‘thank you for not shunning me like everyone else’,” ceritanya.
Dalam masa yang sama Wardina turut bersedih kerana Benjy terpaksa pergi tanpa keluarga serta ketika berada di negara orang.
“Sedihnya. He died alone without any of his family in another country. Moga Benjy tenang di sana,” luahnya lagi.
Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia, jam 11 pagi semalam.
Allahyarham baru selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Kambir Lima Kampung Medan, Indonesia pada jam 11 pagi tadi waktu Indonesia.
Must-Watch Video