Selepas seminggu ditayangkan, filem Hutang 2D memberi impak kepada penonton apabila mereka mahukan sekual kepada filem aksi komedi tersebut.
Masih lagi kekal dalam carta nombor 1 filem Astro First, filem itu mendapat respon yang positif sehingga ramai yang menontonnya lebih dari sekali.
Ia pencapaian yang baik buat Hutang 2D kerana filem yang diterajui oleh ahli kumpulan Floor 88 itu baru sahaja mula ditayangkan sejak 5 Ogos lalu.
“Jalan cerita best terutama masa babak lawan penjahat tu,” komen salah seorang netizen.
“Best, tak berhenti saya ketawa,” puji salah seorang warganet.
“Kami mahukan Hutang 2D 2.0!,” minta salah seorang warga maya.
Filem yang segar dengan jalan cerita dekat dengan penonton iaitu Hutang 2D itu menyaksikan kehebatan ahli Floor 88 iaitu Ayie Elham, Eric Fuzi, Akram K, Falique Ghazali, Zai Hamzah dan Amirul Afeeq dalam bidang lakonan.
Malah Hutang 2D turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Baby Shima, Black Hanafiah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan dan Coki.
Bukan itu sahaja, malah anggota lain Floor 88 iaitu Eric Fuzi turut melebarkan bakatnya dalam pengarahan filem. Beliau bersama pengarah Irwan Rauf merupakan pengarah untuk Hutang 2D.
Hutang 2D mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie.
Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima).
Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri.
Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib.
Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.
Saksikan filem terbitan Arie Zaharie Production bersama Knack Knack Studios ini terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 5 Ogos 2021.
Syafiqah Jalal
Fri Aug 13 2021
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.