HOLLYWOOD
Katy Perry Cium Tanah, Berjaya Melancong Angkasa Lepas Kurang 15 Minit
Penyanyi Katy Perry mencium tanah sebaik mendarat di Bumi selepas berjaya menjelajah ke angkasa menaiki roket Blue Origin milik Jeff Bezos pada Isnin.
BERITA TRENDING: Sibuk Uruskan Anak, Orlando Bloom & Katy Perry Tak Sempat Berasmara
Tindakan mencium tanah dilakukan penyanyi Fireworks itu kerana bersyukur telah menikmati pengalaman berada di angkasa lepas sekitar 11 minit dan tidak mahu mensia-siakan kehidupan di dunia.“Saya rasa terhubung dan cinta kepada dunia,” luah Perry seperti dilaporkan Reuters.
Perry juga diketahui menyanyikan lagu What A Wonderful World nyanyian asal Louis Armstrong dan membawa bunga Daisy sebagai simbolik nama anaknya sewaktu ‘lawatan’ singkat ke angkasa lepas itu.
Perry berlepas ke angkasa lepas bersama lima wanita lain termasuk tunang Bezos, Lauren Sanchez, hos CBS Gayle King, bekas saintis roket NASA, Aisha Bowe, saintis, Amanda Nguyen dan penerbit filem, Kerianne Flynn.
Roket New Shepard dilancarkan dari tapak pelancarannya di West Texas pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
BERITA TRENDING: Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia
BERITA TRENDING: Seluar Katy Perry Koyak Sewaktu Rancak Menari
Kapsul itu kembali ke Bumi dengan pendaratan lancar yang dibantu oleh payung terjun, manakala penggalak roket turut berjaya mendarat semula di Texas.Mereka berpeluang melepasi ketinggian lebih 100 kilometer daripada Bumi yang merupakan sempadan angkasa lepas yang diiktiraf antarabangsa sekali gus memberi mereka menikmati beberapa detik dalam keadaan terapung tanpa graviti.
Penerbangan dengan New Shepard itu juga melakar sejarah sebagai penerbangan pertama ke angkasa lepas selepas 60 tahun dengan kesemua penumpang adalah wanita.
New Shepard merupakan projek roket berprofil tinggi yang dihasilkan Bezos untuk tujuan pelancongan ke angkasa lepas.
Meski tidak memperinci harga penerbangan tersebut namun setiap penumpang yang ingin melancong ke angkasa lepas perlu membayar wang deposit sekitar RM660, 000.
Syarikat tersebut didakwa merancang mengenakan bayaran sekitar RM890,000 untuk sekali penerbangan.
Must-Watch Video