,
Hiburan

Kawan Baik Arwah Kharil Anwar Kongsi Video 4 Hari Sebelum Kemalangan, - “Allah Sudah Menghantarkan Seorang Insan Yang…”

Asyraf Roslan
10/10/2024
09:55 MYT

Kawan baik kepada Khairil Anwar, salah seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berkongsi sebuah video terakhir yang telah dirakam empat hari lepas bersama arwah.

Individu yang dikenali sebagai Ketbukannamasebenar Itu berkongsi video berkenaan di laman TikTok miliknya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Ket, dia mengambarkan arwah sebagai seorang yang sangat ceria dan kehilangannya sebagai satu ujian buat dirinya serta keluarga arwah.
“Tuhan telah detikkan hati untuk kita buat video ini bersama 4 hari lepas. Kini sahabatku telah tiada lagi didunia. Allah sudah menghantarkan seorang insan yang sangat ceria kepadaku 2 sem lepas. Satu kisah yang sangat manis bila dikenangan semula.

“Tapi perancangan Allah itu memang hebat. Allah telah mengambil seorang insan yang aku sentiasa menanti jenaka dan tawanya yang lucu. Kini, Allah telah menguji aku dan juga keluarga serta sahabatnya yang lain. Ujian dimana kita kehilangan orang yang kita sayang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Pelajar UiTM Dungun Maut: 'Saya Sudah Tiada Anak Lelaki' - Bapa Mangsa

Pada masa sama, dia juga memanjatkan rasa syukur kepada yang Maha Esa kerana mempertemukan mereka berdua.

“Tiada kata lagi yang mampu aku katakan kepadamu sahabat. Terima kasih Ya Allah kerana telah pertemukan aku dengan hambamu yang periang ini.

“Selamat Jalan ke rumah abadi. Bunga abadi yang mampu kuberikan kepadamu hanyalah Al-Fatihah didalam doaku. Pertemuan dan perpisahan kita semuanya Rahsia Tuhan,” tambahnya.

Hantaran tersebut turut menarik perhatian netizen dan mereka turut mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Terdahulu, tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut dan seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu oleh wanita yang disyaki tidak siuman pada Rabu.

Difahamkan kemalangan itu berlaku berhampiran pintu masuk kampus universiti awam tersebut sekitar 7.30 malam. Mangsa ketika itu baru pulang daripada makan malam di sebuah kedai makan berhampiran universiti berkenaan.

Suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

@ketbukannamasebenar
Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Khairil Anwar dan rakannya serta doakan untuk keluarga arwah khairil dan yang lain dipermudahkan urusan. Tuhan telah detikkan hati untuk kita buat video ini bersama 4 hari lepas. Kini sahabatku telah tiada lagi didunia. Allah sudah menghantarkan seorang insan yang sangat ceria kepadaku 2 sem lepas. Satu kisah yang sangat manis bila dikenangan semula. Tapi perancangan Allah itu memang hebat. Allah telah mengambil seorang insan yang aku sentiasa menanti jenaka dan tawanya yang lucu. Kini, Allah telah menguji aku dan juga keluarga serta sahabatnya yang lain. Ujian dimana kita kehilangan orang yang kita sayang. Tiada kata lagi yang mampu aku katakan kepadamu sahabat. Terima kasih Ya Allah kerana telah pertemukan aku dengan hambamu yang periang ini. Selamat Jalan ke rumah abadi. Bunga abadi yang mampu kuberikan kepadamu hanyalah Al-Fatihah didalam doaku. Pertemuan dan perpisahan kita semuanya Rahsia Tuhan. Nota kaki: Nak letak surah risau baca tak habis. Maaf jika saya letak lagu.♬ original sound - officialnohsalleh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

gempak
10/10/2024
01:20 MYT
Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.
Hiburan

Datuk Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Sempat Keluar Kenderaan Sebelum ...

gempak
30/09/2024
23:09 MYT
Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam.
Berita

3 Maut, Kemalangan 7 Kenderaan Di LPT

gempak
30/09/2024
01:02 MYT
Tiga lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, Bentong, 4.13 pagi tadi.
Hiburan

"Saya Trauma! Selepas Kejadian Itu Saya Takut ..." - Shaza Bae

gempak
23/09/2024
01:50 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Shaza Bae akui dirinya masih trauma selepas berdepan kemalangan jalan raya selepas pulang daripada lokasi penggambaran baru-baru ini.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
BorakSeeni