Selepas didakwa hubungan cinta bersama Dini Schatzmann telah berakhir, pelakon dan penyanyi Janna Nick menjelaskan dia aktor tersebut masih berkawan baik dan bersikap profesional antara satu sama lain.

Tiada perasaan benci yang timbul dalam hati, Janna, 27, berkata dirinya kini hanya mahu fokus dengan kerjaya seni. Namun sekiranya ada berita gembira, maka akan dikongsikan kepada umum kelak.

“Untuk 2023 saya akan fokus pada kerja dahulu. Kalau ada benda baik untuk dikongsikan akan saya kongsi. Untuk sekarang saya nak all out dengan kerja.

“Saya masih berkawan dengan dia (Dini), tiada perasaan benci, tiada perasaan rasa tak nak tengok. Masih professional.

“Lagipun kami masih ada kerja yang menuntut untuk kami berjumpa dan bekerjasama. Doa yang baik-baik,” ujarnya kepada Gempak.

Janna berkata ketika demikian usai dia membuat persembahan dalam Show Songbirds di atas kapal persiaran Genting Dream Cruise baru-baru ini.

BACA: Janna Nick Buktikan Mampu Nyanyi Live Di Depan 400 Penumpang Atas Kapal Cruise!

Dalam masa sama, pelantun lagu Gatal itu berkata dirinya akan lebih berhati hati selepas ini mengenai soal cinta.

“Kalau cakap pasal kisah cinta saya akan lebih berhati-hati selepas ini, kerana itu yang terbaik saya rasakan,” tambahnya.

Terdahulu, Janna tampil menjawab khabar angin yang mendakwa hubungan cinta bersama Dini telah berkahir.

Kata Janna, lagu terbaharunya berjudul Mentari Setia karya ciptaan bersama Ippo Hafiz menjadi luahan isi hati bagi menjawab pelbagai spekulasi yang timbul antara dirinya dengan Dini.

BACA: "Kalau Orang Kata Gimik, Maknanya Orang Tak 'Validate' Perasaan Saya" - Janna Nick

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.