,
Hiburan

Zynakal Terlibat Dalam Kemalangan, Tiada Kecederaan Yang Serius - “Puncanya Elak Kereta Sebab Tak Bagi Signal”

Asyikin Mayudin
24/06/2024
06:09 MYT
Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa penyanyi rap Zynakal apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal bersama beberapa rakannya, pada Ahad.

Punca Kereta Tak Beri Signal

Perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan seindustri iaitu aktor Raja Atiq menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal Kemalangan Ketika Konvoi Motosikal!

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan

Kongsi Atiq, punca kemalangan berlaku disebabkan sebuah kenderaan tidak memberikan lampu isyarat ketika membelok di persimpangan.

"Man down, get well soon Zyn. Puncanya elak kereta sebab tak bagi signal. Tolong lah rakyat Malaysia, bagi signal tak susah pun dan kami pun tak laju,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian pada entri sama, Atiq berkata, Zynakal tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan sudah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
"Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius. Kami ride okay je. Masa nak balik hampir sampai rumah. Baru terjadi kemalangan itu.
"Tidak mengapalah, yang penting semua okay,” ujarnya.
Untuk rekod, Zynakal juga pernah terlibat dalam kemalangan ketika aktiviti konvoi menunggang motosikal bersama rakan pada Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal Akui Berhenti Belajar Universiti Sebab Penat, Netizen Bimbang Beri Contoh Tak Baik Pada Peminat

ARTIKEL BERKAITAN: RM100,000 Kena Kebas, Duit Zynakal Tinggal RM19.15 Dalam Bank! - "Pastu Nak Makan Apa? T*ik Kau?"

ARTIKEL BERKAITAN: #ListenToAided: Potensi Zynakal Dapat Pengiktirafan; - "Tahun 2021 Mendapat Penutupan Yang Baik"

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia Bukan Artis, Bukan Juga Instafamous" - Zynakal Target Kahwin Pada...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

gempak
18/10/2024
03:23 MYT
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
BorakSeeni