Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi, Astro selaku stesen penyiar mengambil inisiatif dalam menyediakan kandungan berkualiti untuk meraikan hari bersejarah negara.

Pelbagai kandungan menarik disusun khas buat penonton dalam menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan cintakan negara.

Selari dengan pelaksanaan kempen ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’, kesemua program eksklusif itu boleh ditonton bermula hari ini sehingga 17 September depan menerusi platform Astro, Astro GO dan On Demand.

Antara program istimewa yang bakal menemui penonton termasuklah dokumentari Bertakhta Di Hati Rakyat yang menyingkap kehidupan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pertabalan baginda sebagai Agong yang ke-16.

Bukan itu sahaja, Astro juga akan menyajikan kisah-kisah menyentuh hati pesakit dan ahli keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerusi rancangan berjudul Malaysia Vs Covid-19: Kita Jaga Kita.

Bahkan, penonton juga berpeluang menyaksikan telefilem khas sempena Hari Kebangsaan menerusi Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph yang menampilkan aktres popular, Lisa Surihani.



Bukan itu sahaja, banyak lagi program-program menarik yang dirangka buat penonton termasuklah kisah Pak Mail Kluang Man yang bakal ditayangkan menerusi Gempak TV sempena Hari Malaysia nanti.

Lebih istimewa, dalam menyemai semangat kemerdekaan, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk mendapatkan pelitup muka kain edisi khas yang direka Astro Gempak dengan kerjasama pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill di Go Shop selari dengan kempen ‘Jom Go Lokal’.

Jadi, jangan lupa untuk terus kekal bersama Astro dengan menonton lebih 20 program menarik sempena Merdeka bersama keluarga tersayang.

Apa yang penting, pastikan kita semua kekal dengan semangat kebersamaan serta hidup aman sebagai sebuah negara.

Malaysiaku, Kita Selamat Bersama!