Tindakan seorang lelaki cuba mengintai wanita di sebuah tandas sebuah membeli-belah mengundang padah apabila dia dicekup pengawal keselamatan, pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari pada Khamis.

Skodeng

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 28 tahun berada dalam tandas wanita di pusat membeli-belah berkenaan.

“Wanita itu kemudiannya ternampak suspek sedang mengintainya dari bawah dinding tandas bersebelahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Lelaki Kantoi ‘Skodeng’ & Rakam Video Wanita Dalam Toilet Disiasat Polis!

ARTIKEL BERKAITAN: Identiti 'Isteri' Terbongkar, Pasangan Lelaki Kantoi Kahwin Sejenis

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker Islamik Dari Indonesia Kantoi Bercumbu Dengan Penyanyi Wanita Di Kelab Malam

ARTIKEL BERKAITAN: Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella

“Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong selain turut menjirus air paip ke arah muka suspek,” katanya.

Katanya, pengawal keselamatan bertugas berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam tandas bersebelahan tandas mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis.

"Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai Jumaat hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.