Hiburan

Kena Pukau Dengan Scammer, Sarah Hildebrand Tak Sangka Ditipu & Hilang Sejumlah Wang Ringgit

gempak
Zulaikha Yusof
10/06/2020
04:15 MYT
Sponsor Banner
Kena Pukau Dengan Scammer, Sarah Hildebrand Tak Sangka Ditipu & Hilang Sejumlah Wang Ringgit
Aktres Sarah Hildebrand mendedahkan dia telah menjadi mangsa scam sehingga mengakibatkan kehilangan sejumlah wang ringgit semalam.
Ketika dihubungi Gempak, Sarah berkata dia telah dipukau yang menyebabkan dia sanggup menuruti permintaan penipu itu untuk pergi ke bank.
"Pagi semalam saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Selalunya bila dapat panggilan macam ni saya mesti tak angkat atau terus letak. Kali ini entah macam mana saya boleh layan.
"Scammer tu cakap saya ada tunggakan cukai jadi bila dengar saya jadi panik. Saya taknak la ada tunggakan nanti akan menyusahkan diri. Saya pun terus bercakap dengan scammer tu.
"Scammer itu juga bagitau saya ada kes jenayah. Ada orang lain guna identiti saya. Individu ni dia pandai saiko kan saya.
"Scammer ni tak cakap baik-baik pun, dia jerit kat saya. Masa tu saya berseorangan, kalau ada orang lain dengan saya mesti panggilan tu takkan dilayan.
"Mereka minta saya pergi ke bank untuk transfer sejumlah duit kepada satu akaun.
"Lepas saya letak panggilan tu saya terpinga-pinga dengan apa yang saya dah buat. Saya kena pukau tanpa disedari. Saya terduduk taktau macam mana nak terangkan dekat suami dan ibu apa yang dah berlaku," katanya.
Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menyatakan laporan polis sudah dibuat namun peluang untuk mendapatkan semula duit itu sangat tipis.
"Saya dah buat laporan polis. Pihak polis cakap dah banyak kali jadi kes macam ni. Duit memang saya takkan dapat balik tapi pihak polis cuba untuk menangkap individu terbabit.
"Benda dah jadi kan. Pihak polis nasihatkan saya untuk download aplikasi Truecaller id bagi mengelakkan daripada ditipu sekali lagi.
"Sampai sekarang saya tak percaya saya kena scam, sebelum ini dengar orang lain ja. Walaupun dah kehilangan sejumlah duit tapi saya bersyukur saya selamat. Duit boleh dicari," kata Sarah.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Sarah Marie Hildebrand akan lebih berhati-hati selepas tragedi malang berlaku.
"Ini pengajaran kepada saya dan juga untuk semua orang supaya lebih berhati-hati selepas ini. Kalau saya tak angkat panggilan telefon selepas ini jangan terasa.
"Tolong mesej saya dulu. Saya jadi paranoid dan trauma dengan kejadian ni. Tak pernah sangka yang saya akan ditipu macam ni," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024