Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat (AS) ke planet Marikh.

Ketuai projek

Pada usia 36 ketika itu, Dr Amani telah mengetuai projek nanosatelit NASA, iaitu salah satu projek NASA untuk sampai ke planet Marikh.

Dr Amani yang masih bekerja sebagai saintis di Purdue University, West Lafayette, Indiana ketika itu, diberikan tugasan untuk mereka bentuk dan membina nanosatelit biopenderia.

Program berkenaan dijalankan bagj membuat kajian secara terperinci untuk menguji bagaimana sel hidup akan bertindak balas kepada kekurangan graviti.

Projek ini akhirnya dilancarkan sebagai nanosatellite bersama sebuah roket SpaceX iaitu sebahagian perjalanan NASA untuk misi ke Marikh.

Selain itu, Dr Wan turut pernah mengetuai 28 ahli sains, juruteknologi dan jurutera dalam satu program astrobiologi pertama NASA digelar “SporeSet”.

Diberi peluang

Menurut wanita kelahiran Pulau Pinang ini, beliau mula berkerja di situ sebagai pencuci kaca slaid dan penutup mikroskop secara sukarela di makmal.

Namun, berkat prestasi nya yang bagus, Dr Wan telah diambil bekerja dan diberi peluang keemasan berkenaan.

Pulang ke tanah air

Bagaimanapun, setelah 5 tahun bersama NASA, Dr Amani yang kini berusia 41 tahun kembali ke tanah air pada hujung tahun 2014 untuk membina mesin ringkas bagi disumbangkan kembali kepada komuniti.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sumber: Malaysia Kini

Berita Trending: Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

Berita Trending: Netizen Tuduh Intan Najuwa Cucuk Bibir, Ini Respons Tuan…