Laman Utama

Kes Belum Settle Tapi Ditanya Fasal Poligami Pula, Isteri Aman Ra; "Saya Takkan Jadi Lagi Macam Mayat Hidup"

gempak
Zulaikha Yusof
17/03/2021
03:45 MYT
Sponsor Banner
Kes Belum Settle Tapi Ditanya Fasal Poligami Pula, Isteri Aman Ra; "Saya Takkan Jadi Lagi Macam Mayat Hidup"
Kontroversi yang melibatkan penyanyi rap, Aman Ra, 34, dan isteri, Natiqah Rahmat belum menemui titik noktah.
Menerusi Instagram Stories, Natiqah menyatakan dia sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang buruk berlaku.
Akui Natiqah, dia tidak berasa takut kerana yakin berada di pihak yang benar dan akan melindungi anak-anaknya.
"Kepada semua yang bersuhabat sekali bersetongkol nak agains saya dari jauh macam ular dalam semak.
"Saya dah bagitau pada orang tertentu yang tahun ni saya takkan jadi lagi macam mayat hidup. Saya dah bersedia dengan semua worst yang korang dah rancang.
"Saya di pihak benar. I said nothing but the truth. Nothing to hide. Sekarang orang yang dah berjanji dengan nama Allah untuk lindungi saya, orang yang sama nak agains saya.
"Dan saya kena pertahankan dan lindung diri sendiri dengan anak-anak. Kejam. Satu hari nanti semua yang terlibat akan rasa apa yang selama ni saya dengan anak-anak tanggung. Amin," tulisnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelantun lagu Bangun menganggap dugaan yang berlaku ini sebagai satu peringatan untuk dia memperbaiki diri bagi menjadi umat Islam yang lebih baik.
"Despite semua yang dah terjadi dan sedang berlaku. Satu tamparan yang sangat terkesan bila saya berhenti tanya kenapa saya kena harung benda macam ni.
"Kenapa semua ni jadi pada saya dan anak-anak. Salah apa lagi, kurang apa lagi. Saya rasa saya dah cuba segala mungkin.
"Tapi saya terlupa, terlampau letakkan hidup, kebahagiaan, segalanya pada pasangan. Walhal semua tu dari Allah.
"Bahagia tu dari Allah, keselesaan tu dari Allah, Allah yang pegang hati kita semua. Bila-bila masa Allah boleh bolak balikkan hati kita sekelip mata ja.
"Saya kurang jaga hubungan dengan Allah. Tanpa saya sedar saya letak pasangan saya di tempat paling atas, paling tinggi. Alhamdulillah, masih lagi Allah beri peluang jentik sedikit hati saya yang dah bersimpang jauh.
"Doa isteri teraniaya Allah makbulkan. Doa kita sebagai ibu Allah makbulkan. Semua akan terjadi pada masaNya," tulisnya lagi.
Dalam hantaran yang berbeza, Natiqah turut meminta pandangan daripada netizen berkenaan dengan berpoligami.
"Mari kita bercakap mengenai poligami. Straight up no? Atau terima tapi bertanggungjawab?" tulisnya.
Rata-rata pengikut memberi respons dengan menolak sekeras-kerasnya kerana berpendapat sukar untuk berlaku adil.
"Tidak. Payung emas tak wujud pun itu sahaja dibahaskan.
"Big no! Selalunya lelaki tak nak lepaskan sebab masih kena bayar nafkah anak.
"Walau macam mana janji untuk adil. Kita tetap manusia biasa tidak maksum. Pasti ada bahagaian yang terlebih terkurang.
"Bagi saya tidak. Tak sanggup dan tak kuat. Kalau betul dah tak suka, lepaskan. Sekurang-kurannya tak makan hati walau sakit hati," antara respons yang diterima daripada individu yang tidak diketahui identitinya.
Sebelum ini, Natiqah mendakwa rumah tangga mereka dipercayai berantakan selepas suaminya tertangkap menjalinkan hubungan dengan wanita luar.
Dakwa Natiqah lagi, suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.
BACA: Wanita Dipercayai Isteri Penyanyi Rap Mengamuk, Tuduh Suami Ada Skandal? - "Kau Dah Lafaz Cerai 4 Kali Sebab Sund*l Kau"
BACA: Maaf Sebab Saya..." - Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Di Instagram, Isteri Aman Ra Akhirnya Buka Mulut...
Hasil perkahwinan dengan Natiqah, Aman mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuan Khalifa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live