,
Laman Utama

Kes Jangkitan Melonjak Di UK, Varian COVID-19 Baharu, Eris Dalam Pantauan WHO

Izwan Isa
06/08/2023
04:48 MYT
Varian baharu COVID-19 iaitu Eris, sub-varian Omicron EG.5.1 kini sedang melanda United Kingdom (UK). Varian tersebut mencetuskan lonjakan ketara dalam kes harian di UK, termasuk kemasukan ke hospital.
Hal ini membuatkan pakar di sana berasa bimbang jika negara mereka mungkin dilanda gelombang baharu virus berkenaan.
"Kadar kes COVID-19 terus meningkat minggu ini berbanding laporan kami sebelum ini. Sebanyak 5.4 peratus daripada 4,396 spesimen pernafasan yang dilaporkan melalui Sistem Pernafasan Data Mart dikenal pasti sebagai COVID-19.
“Jumlah tersebut meningkat berbanding 3.7 peratus daripada 4,403 laporan sebelumnya, ' kata agensi keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) dalam satu laporan.
Varian Eris diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian dalam pemantauan (VUM) pada Julai, selepas kelazimannya direkodkan di UK dan peningkatan kes di peringkat antarabangsa, terutamanya di Asia.
Pakar mengesyaki varian tersebut muncul akibat fenomena Barbenheimer, filem Barbie dan Oppenheimer yang berjaya menarik perhatian ramai hingga menyumbang kepada peningkatan jangkitan. Selain itu, kesan cuaca buruk baru-baru ini juga mencetuskan penurunan daya tahan badan.
"COVID akan terus berubah dan menyesuaikan diri," kata Dr Simon Clarke, ahli mikrobiologi di Universiti Reading kepada MailOnline.
Ketua UKHSA mendakwa bahawa varian ini sudah mempunyai kelebihan pertumbuhan sebanyak 20.5 peratus berbanding jenis varian dan subv-arian lain.
Data menunjukkan bahawa sub-varian Omicron telah menyumbang 14.6 peratus daripada kes, menjadikannya yang kedua paling biasa di UK. Kadar pertumbuhan adalah berdasarkan sampel ujian positif yang dilakukan di hospital.
"Arcturus Subvariant Omicron atau dipanggil XBB.1.16, adalah varian yang paling dominan, menyebabkan 39.4 peratus daripada semua kes," menurut data UKHSA.
Bagaimanapun, pakar penyakit berjangkit Profesor Paul Hunter berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan bagaimana Eris, yang dikenali secara saintifik sebagai EG.5.1 akan menjejaskan UK.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sub-varian itu berkemungkinan menjadi dominan pada satu ketika dan mendorong jangkitan menyeluruh, dan mungkin tidak secara mendadak.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus juga berkata, walaupun orang ramai telah dilindungi dengan vaksin dan jangkitan terdahulu, negara tidak boleh leka.
"WHO terus menasihati orang yang berisiko tinggi untuk memakai topeng di tempat yang sesak, dapatkan booster jika disyorkan, dan memastikan pengudaraan yang mencukupi di dalam rumah," katanya, dipetik skynews.
"Dan kami menggesa kerajaan untuk mengekalkan dan tidak membongkar sistem yang mereka bina untuk COVID-19," sambungnya.
Sumber: detikHealth
BACA: Penularan Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Jasad Liam Payne Dibawa Pulang Ke UK Lepas 3 Minggu Mati Di Argentina

gempak
07/11/2024
11:55 MYT
Jasad penyanyi Liam Payne akhirnya dibawa pulang ke United Kingdom selepas tiga minggu meninggal dunia di Argentina.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Viral

Pelajar Malaysia Bunuh Bayi & Sumbat Dalam Kotak Bijirin Didakwa Di UK

gempak
25/10/2024
08:42 MYT
Seorang pelajar Malaysia disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, Britain atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Berita

Rakyat Malaysia Lawat Atau Transit UK Perlu Mohon ETA Mulai 2025

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Mulai 8 Januari tahun depan, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.
Unitar