,
Berita

Kes Kematian Nidza Afham Kekal Sebagai Mati Mengejut, Tiada Unsur Jenayah

Gempak
22/09/2024
08:25 MYT
Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Tiada Unsur Jenayah

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah mengenai kes terbabit.
"Siasatan diklasifikasi mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
"Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah," katanya kepada pemberita selepas program Selangor Police Integrity Half Marathon 2024 di Stadium Sultan Suleiman di sini pada Ahad.
Mengulas mengenai program itu, kata Hussein, program terbabit merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan menyemai nilai murni seperti kejujuran, ketelusan dan etika dalam kalangan anggota polis serta masyarakat.
Katanya, melalui program ini polis dan masyarakat dapat memupuk perpaduan selain membina kepercayaan serta menekankan ketelusan dan akauntabiliti.
Terdahulu, media melaporkan siasatan kes kematian Nidza Afham diklasifikasi sebagai SDR selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Shah Alam.
Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.
Sebelum ini, penyanyi terbabit dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, pada 13 Ogos lalu.
Susulan itu, dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Jasad Nidza Afham kemudiannya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, kira-kira jam 7 malam, 14 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: "Punca Kematian Nidza Afham Masih Diklasifikasi Mati Mengejut," - Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Tiada Barang, Dokumen Milik Nidza Afham Hilang

ARTIKEL BERKAITAN: “Nidza Afham Perbaiki Solat & Mahu Jadi Imam” - Abang Allahyarham

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nidza Afham Selamat Dikebumikan

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Op Global: Kronologi Kes GISBH Setakat 21 September

gempak
22/09/2024
05:55 MYT
Hari ini polis melaksanakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.