Laman Utama

Kes Tertukar Bayi, Polis Sah Terima Laporan Di Hospital Swasta

gempak
Awani
14/06/2021
00:15 MYT
Sponsor Banner
Kes Tertukar Bayi, Polis Sah Terima Laporan Di Hospital Swasta
Pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pasangan yang dikatakan tertukar bayi di sebuah hospital swasta pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 9 pagi Ahad.
"Laporan polis dibuat selepas si suami menyedari nama ibu pada tanda nama di kaki bayi tersebut bukan nama isterinya semalam (Sabtu), tetapi nama wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.
“Laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut," katanya dilaporkan Bernama.
Siti Suriani melahirkan bayi lelakinya di sebuah hospital swasta pada awal pagi Jumaat.
Bagaimanapun dia dikatakan menyedari bayinya tertukar selepas pulang ke rumah pada Sabtu, apabila melihat tanda nama pada kaki bayi itu tertera nama ibu yang lain serta waktu kelahiran berbeza.
BACA: Siti Jamumall Terkejut Rupanya Bayi Yang Disusukan Bukan Anaknya – “Doakan Saya Dapat Anak Saya Balik…
BACA: “Allah…Syukur Dapat Balik Anak, Betul la Firasat Ibu Itu Tepat…”
BACA: Isu Bayi Tertukar, Siti Jamumall & Diana Hanani Berhasrat Ambil Tindakan Undang-Undang
Kejadian itu tular di media sosial apabila Siti Suriani berkongsi di Facebook miliknya dan mendapat 1.3 juta tontonan, 56,000 komen dan 37,000 dikongsi netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live