Allahyarham Mamat Khalid, 58, sepatutnya akan memulakan penggambaran untuk telefilem bertajuk 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali' minggu hadapan.
Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, filem yang sepatutnya memulakan penggambarannya pada minggu depan perlu ditangguhkan sebentar.
“Filem ini sepatutnya memulakan penggambaran pada 28 Oktober. Pihak kami mengambil keputusan untuk menangguh sementara dan ia masih di dalam perbincangan.
“Apa yang penting sekarang kita lebih fokus pada family arwah abang Mamat. Biarkan mereka semua bertenang dulu,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Tambah anak Allahyarham, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25.
"Filem itu masih mengekalkan pelakon yang sama papa sudah ambil beberapa 'speed' untuk siapkannya.
“Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat. Kampung Pisang Berbuah Dua Kali merupakan filem kerjasama Astro Shaw dan Enjit Enjit Semut (syarikat produksi Mamat Khalid) untuk Astro First,” jelasnya lagi.
Difahamkan segala persiapan telah dibuat termasuk skrip dan lagu dan hanya menunggu untuk sesi penggambaran.
Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.
BACA: Jenazah Mamat Khalid Selamat Disemadikan
Mohd Khalid berkata, bapanya sempat membuat persembahan di kafe mereka di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.
Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama menerusi filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario.
Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasilkan francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.
Azwa Rahman
Sun Oct 24 2021
_1.jpg?ext=.jpg)

Bahaya Ketum! Boleh Buat Ginjal Rosak, Jangkitan Dalam Darah & Radang Hempedu
Bahan terlarang.

Kecut Perut! Hanis Zalikha & Hairul Azreen Buat Aktiviti Terjun Bungy Di NZ - “Ni Baru Betul You Jump I Jump”
Couple yang sporting gila!

Gadis Cantik & Single Belum Jumpa Jodoh, Makan Hati Last-Last Nenek Usia 66 Tahun Kahwin Dahulu
Mungkin jodoh belum lahir lagi sobs.

Ewan, Rea & Aswad Jalil Suara Baharu Di GEGAR Petang & Malam
Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK
![[VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua [VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/lee-pil-mo-seo-soo-yeon-dapat-baby-boy.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua
Jarang ya pelakon Korea nak dedah wajah anak.
.jpg?ext=.jpg)
Michael Learns To Rock Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Ada Pakej Menarik Tiket Sekali Dengan Hotel Di Genting Highlands?
MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) di Arena of Stars, Resorts World Genting, Pahang.

Qasrina, Emma Rebut Senduk! Ramai Teruja Tengok Poster Senduk Swap - "Bukan Saja Berasap, Meletup-Letup Ni"
Confirm berasaplah dapur bila Qasrina dan Emma Sofea terlebih kacau! Apa lagi bila keluar poster kedua-dua mereka sedang berebut senduk.

“Good Idea Lets Do It..” - Syamsul Yusof Sambut Baik Cadangan Maya Karin Mahu Jadi Mahsuri
Kita kasi jadi!

Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Tom Holland Tutup Akaun Instagram - “Saya Rimas Baca Berita Mengenai Saya”
Semoga cepat sembuh.

Viral Digelar Jual ‘Bisnes Air Liur’, Najib Asaddok Asalnya Orang Susah - "Mak Kerja Kilang, Ayah Meninggal Dunia, Saya Stay Dengan ..."
Netizen persoal Najib Asaddok ajar orang ilmu pemasaran.