Berita

"Kita Tak Perlu Menjual Sex Untuk Memancing Penonton" - Haji Zeel Mohon Maaf

gempak
Rozaimi Zubaidi
02/05/2019
07:45 MYT
Sponsor Banner
"Kita Tak Perlu Menjual Sex Untuk Memancing Penonton" - Haji Zeel Mohon Maaf
Penerbit Zeel Production iaitu Fadzil Teh mengakui kesal dengan tindakan pengarah, Azmi Hatta mewujudkan adegan lucah dalam drama bersiri Voice Note yang mula ditayangkan pada Isnin lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel memohon maaf atas diatas kecuaan yang berlaku daripada pihaknya.
"Mohon maaf atas ketidak pekaan pengarah saya dalam mengarah mini episod #voicenote.
"Kita tak perlu menjual sex untuk memancing penonton. Lelaki Kiriman Tuhan, Nur berjaya memikat penonton tanpa adanya adegan lucah dan seksi.
"Semoga penulis dan pengarah kita lebih peka dalam berkarya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji drama tersebut namun berharap agar pihaknya lebih berhati-hati selepas ini dalam berkarya.
Sebelum ini, menurut laporan sebuah akhbar, Fadzil mengakui bersimpati dengan pelakon baru yang sering mengikut cakap pengarah dan menasihatkan mereka supaya berhati-hati serta menolak adegan keterlaluan.
"Saya bersimpati dengan pelakon baru yang ikut saja cakap pengarah. Bila saya tanya kenapa mereka buat adegan begitu, kata mereka, itu adalah arahan daripada pengarah.
"Nasihat saya kepada pelakon baru terutamanya pelakon wanita, hati-hati dan tolak sekiranya ada adegan seks yang terlalu mendedahkan tubuh dan tidak ada kaitan dengan jalan cerita," katanya.
Adegan lucah dan terlalu intim itu membabitkan dua pelakon iaitu Ikmal Amry dan Scha Elinnea, namun dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.
{BACA: Bekas Suami Didakwa Mengarah Drama Menyerupai Pornografi? Ini Respon Elly Mazlein}
Sementara itu, pelakon Elly Mazlein berasa kesal dengan tindakan bekas suaminya, Azmi Hatta yang didakwa mengarah drama yang menyerlahkan adegan seks dan menyerupai pornografi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024