Pelakon yang terpalit dengan kontroversi skandal panggilan video lucah, Syafiq Kyle muktamad untuk tidak mengulas lagi tentang isu berkenaan.

Kata Syafiq, dia menyeru orang ramai mengambil keberkatan bulan Ramadan untuk bermuhasabah diri dan meraih peluang membersihkan dosa.

"Saya sudah tidak mahu komen apa-apa lagi. Saya, Syafiq Kyle dah letak full stop!

"Kehidupan saya sekarang seperti biasa dan banyak yang saya pelajari daripada perkara yang berlaku pada bulan Ramadan ini.

"Kira rebut peluang untuk bersihkan dosa, sama seperti saya seorang manusia biasa.

"Saya mahu bersihkan dosa-dosa saya dan memang itu hajat saya setiap kali tibanya Ramadan.

"Berjaya atau tidak, biar diri sendiri yang tahu," katanya ketika ditemui pada majlis Tayang Eksklusif drama komersial Pelangi Cinta di Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, kecoh apabila sepotong video yang memaparkan wajah mirip pelakon itu berkelakuan tidak senonoh tular di Internet minggu lalu.

Baca: Video Lucah Dijual RM20 Di Twitter, Peminat Minta Penjelasan Syafiq Kyle

Baca: Kontroversi Video: Anjur Sidang Media, Syafiq Kyle Akhirnya Buka Mulut


Syafiq yang dikaitkan netizen beraksi dalam video terbabit tampil memberikan penjelasan baru-baru ini.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syafiqkylez