Laman Utama

Lampin Pakai Buang Bernajis & Botol Gam Ditemui, Faiz Dickie Harap Pengunjung Alor Lempah Lebih Bertanggungjawab

gempak
Izwan Isa
12/10/2021
08:25 MYT
Sponsor Banner
Lampin Pakai Buang Bernajis & Botol Gam Ditemui, Faiz Dickie Harap Pengunjung Alor Lempah Lebih Bertanggungjawab
“Kami berjaya penuhkan 30 plastik sampah sepanjang 30 minit ketika berada di sana,” tutur pempengaruh popular, Faiz Dickie memulakan bicara mengenai misi pembersihan yang dijalankan bersama rakan-rakan serta pengikutnya di Sungai Alor Lempah, Ampang Pecah yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor semalam
Mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan tarikan pengunjung tersebut selepas ia menjadi viral hasil perkongsiannya di Instagram beberapa minggu lalu, Faiz berkata, banyak sampah ‘pelik’ dijumpai dan dirasakan tidak sepatutnya dibuang di sekitar kawasan sungai tersebut.
“Selain sampah-sampah biasa yang dibuang pengunjung, kami turut menjumpai sampah-sampah yang tak sepatutnya berada di situ.
Antaranya seperti lampin pakai buang yang masih bernajis serta botol-botol gam yang mungkin digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melampiaskan ketagihan,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi lanjut, Faiz mendedahkan yang terdapat sesi pembersihan yang dijalan oleh Jabatan Pengaliran Sungai setiap hari. Namun, masih ada segelintir yang tidak bertanggungjawab yang mengotorkan kawasan persekitaran sungai berkenaan.
“Sebelum kami tiba semalam, sudah ada orang yang membersihkan kawasan sekitar. Namun, masih ada orang yang membuang sampah. Selain itu, ada juga yang bertindak melonggokkan sampah dan membakar sampah tersebut secara terbuka. Belum lagi yang meletakkan kenderaan betul-betul di gigi air.
“Hal-hal ini bukan sahaja boleh mencacatkan pandangan, malah turut merosakkan rumput yang tumbuh menghijau di sana. Kita sudah diberi kelonggaran untuk bercuti dan melakukan aktiviti rekreasi, jadi gunalah dengan sebaiknya dan jangan kotorkan alam sekitar,” katanya lagi.
BACA: Alor Lempah Dipenuhi Sampah Selepas Viral, Ada Yang Salahkan Faiz Dickie Sebab Dedahkan Tempat
Dalam pada itu, Faiz turut mengulas mengenai tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sengaja untuk menularkan kawasan tersebut untuk populariti.
“Jujurnya saya hanya mahu berkongsi sahaja. Tidak ada niat untuk meraih populariti. Mereka yang mengkritik bukan pengikut saya di media sosial. Jadi mungkin mereka tidak mengerti. Bagaimanapun, saya berasa gembira kerana mendapat tahu yang penduduk di sekitar dapat meraih pendapatan selepas pengunjung mula datang ke sana.
“Ada yang menjual aiskrim dan ada juga yang menjual snek. Saya harap situasi akan sentiasa terkawal kawasan sungai sentiasa dijaga agar kawasan tarikan pengunjung seperti Sungai Alor Lempah ini dapat dikunjungi untuk tempoh masa yang lama,” katanya lagi.
Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live