Laman Utama

Langgar Kontrak A. Aida: Amelia Henderson Tak Perlu Mohon Maaf & Turunkan Video Sehingga Oktober

gempak
Asyikin Mayudin
02/08/2023
05:53 MYT
Sponsor Banner
Langgar Kontrak A. Aida: Amelia Henderson Tak Perlu Mohon Maaf & Turunkan Video Sehingga Oktober
Pelakon Amelia Henderson bersyukur apabila pihaknya berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan berkenaan permohonan maaf dan penurunan video berikutan kes melibatkan penerbit Datuk A. Aida.
Peguam yang mewakili Amelia iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman turut memaklumkan bayaran RM200,000 ganti rugi juga tidak perlu diberikan kepada plantif namun wang tersebut akan dimasukkan ke akaun bersama peguam kedua-dua pihak.
“Alhamdulillah kami berjaya dapatkan penangguhan daripada Hakim Zulqarnain Hassan melibatkan pemohonan maaf dan penurunan video sehingga tamat tempoh rayuan kepada mahkamah tinggi pada 24 Oktober nanti.
“Amelia tak perlu mohon maaf dan turunkan video sehingga keputusan Oktober nanti. Kami juga gembira mengatakan mahkamah juga bersetuju untuk bayaran RM200,000 ganti rugi tidak diberikan pada waktu ini.
“Tapi RM200,000 itu akan dimasukkan ke dalam akaun bersama peguam kedua-dua pihak,” kata peguam yang mewakili Amelia ketika sidang media yang diadakan pada Rabu.
Amelia turut menjelaskan tujuan dia tidak memberi sebarang kenyataan apabila ditanya media sebelum ini kerana mahu menjaga privasi serta menghormati proses kes tersebut.
“Mungkin orang salah faham dengan tindakan saya tidak banyak cakap dengan media fasal kes ini. Saya menghormati proses mahkamah. Kalau saya nak jawab, sama seperti saya tak menjaga privasi kes.
“Saya cuma mengharapkan untuk semua pihak menerima keadilan sebab itu kita naik mahkamah, cari point benar dan dapat kesimpulan yang paling tepat mana-mana kes.
“Saya tidak akan buat tindakan yang melanggar undang-undang. Apa-apa pun tunggu keputusan pada 24 Oktober, empat hari selepas hari lahir saya. Apa yang jadi lepas itu, saya akan hormat keputusan,” ujarnya.
Terdahulu, A. aida mempersoalkan tindakan Amelia yang masih berkeras tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama.
Sebelum ini, Mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A. Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu.
Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan menurut peguam, Ashmadi Othman mewakili A. Aida mereka sedang berada dalam proses ‘review’ untuk menetapkan tarikh rayuan aktres itu.
BACA SINI: Kes Saman RM200,000, Amelia Henderson Bakal Teruskan Pengurusan Rayuan Dengan A. Aida Pada 24 Julai Ini
BACA SINI: Amelia Henderson Gembira Ditemani Orang Tersayang, Aedy Ashraf Ke Mahkamah - "So Saya Menang!"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live