Sejak beberapa hari lalu, kawasan berhadapan Istana Negara telah menjadi tumpuan ramai khususnya buat petugas media bagi membuat liputan perkembangan terkini kemelut politik tanah air.

Saban hari, ada saja pengeluar makanan atau produk berkaitan memberikan sumbangan terhadap wartawan yang membuat laporan di sana.

Namun, situasi bertukar agak tegang apabila seorang YouTuber dikenali sebagai Isa Isarb cuba untuk mengagihkan wang tunai berjumlah RM10,000 di hadapan Istana Negara.

Video berkenaan telah dimuat naik di akaun YouTube miliknya malam semalam.



Menerusi video tersebut, Isa dilihat cuba mengagihkan wang RM10,000 dalam bentuk RM1 kepada setiap seorang petugas media.

Ada yang gembira dengan pemberian itu, namun tidak kurang juga yang tidak menyenangi tindakan berkenaan.

Malah, YouTuber itu juga telah dihalau oleh pegawai Istana.

"Mission tak berapa nak jadi tapi kami hormatlah arahan polis. Mungkin sebab mereka tak mahu berlaku kekecohan," kata Isa.

Anda boleh lihat video penuh tersebut di bawah:

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen mengecam tindakan YouTuber tersebut.

Kebanyakkan mereka menganggap sumbangan berbentuk duit di hadapan Istana adalah kurang sesuai untuk dilakukan

Tidak kurang juga yang mendakwa tindakan tersebut lebih wajar dilakukan di rumah anak yatim.