HIBURAN
Lega Kehidupan Syamsul Semakin Tenang, Yusof Haslam Galakkan Anak Cari Pasangan - “Tiada Makna Cari Duit & Kaya Tapi…”
Melihat perkembangan kehidupan peribadi anaknya, Syamsul Yusof semakin tenang selepas melalui fasa perceraian buat kali kedua tahun lalu, penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa lega.
Titip nasihat
Tetap mendoakan yang terbaik, Yusof bagaimanapun dalam masa sama turut menitipkan nasihat buat Syamsul agar jangan sesekali patah semangat untuk meneruskan kehidupan meski diduga dengan pelbagai ujian.
ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Kali Solat Saya Berdoa Untuk Mereka…” - Salina Saibi Gembira Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Ralat Belum Sempat Berbuka Dengan Keluarga Bekas Mentua - "Walau Tiada Apa-Apa, Kemestian Kami Kekalkan Silaturrahim"
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Luah Rasa Gembira Lihat Syamsul Yusof Bersama Ibu Bapa - “Syukur Alhamdulillah, Harta Paling Mahal”
"Sekarang Alhamdulillah dia nampak sekarang lebih fokus. Saya perhati proses penggambaran filem Original Gangster ambil masa lama, mungkin disebabkan banyak masalah dlaam hidup dia sebelum ini.
"Dia pun saya lihat sudah semakin bersemangat cuma berat badannya sedikit turun dan nampak kurus.
"Saya pesan pada syamsul, ala sekalipun kena kuat semangat," katanya kepada Gempak selepas majlis tayangan gala filem Blood Brothers Bara Naga di IOI City Mall, Putrajaya, pada Isnin.
Cari pasangan
Tambahnya, dia sangat menggalakkan Syamsul mencari pasangan kerana beranggapan ia dapat membantu memberi ketenangan dalam kehidupan.
"Tiada makna cari duit dan kaya tapi hidup seorang diri. Nanti akan rasa bosan. Saya pesan juga agar bina hidup baru dan jangan hidup seorang diri tapi dia kata nak kekal solo buat sementara ini.
“Katanya 'nantilah Papa' dan nak fokus kerja, dia pun ada dua lagi projek filem lagi. Saya kata cari pasangan, hidup ini kalau tiada pasangan, tak ada makna.
“Paling penting dalam kehidupan ialah ketenangan dan bukannya kemewahan," ujarnya.
Sambutan Syawal
Dalam masa sama, Yusof turut bersyukur dengan sambutan Syawal tahun ini apabila dapat berkumpul sekeluarga ditambah pula kepulangan Syamsul selepas bertahun-tahun tidak beraya bersama.
"Sambutan raya kali ini Alhamdulillah, dengan Syamsul balik. Kami pun gembira dan sempat bercuti bersama di Switzerland baru-baru ini," jelasnya.
Yusof menambah, meski mahu melihat anaknya bahagia, dia tidak akan sesekali mendesak Syamsul untuk menjalin semula hubungan dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.
Jodoh baik
"Saya tidak rasa Syamsul serik untuk mempunyai pasangan pada masa akan datang namun sebagai orang tua, saya doakan dia mendapat jodoh yang baik.
"Saya pun tak mahu mendesak dia perlu balik kepada Puteri Sarah dan sebagainya. Semua ini ketentuan Allah. Saya rasa Sarah dengan Syamsul akan terus menjadi sahabatlah," katanya lagi.
Terdahulu, Syamsul mencuri perhatian apabila sama-sama meraikan 1 Syawal di rumah keluarga aktor itu di kediaman Yusof dan Datin Patimah Ismail minggu lalu.
Perkara tersebut membuktikan kedua-duanya dapat menjalinkan persahabatan selepas dua tahun bercerai.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun 2023.
Must-Watch Video