Lelaki Menderita 45 Minit, Cincin Keluli Tersangkut Di Alat Sulit
Hasrat seorang lelaki untuk meningkatkan prestasi seksual bertukar mimpi ngeri apabila cincin keluli yang dipakainya pada alat sulit tersangkut, menyebabkan dia terpaksa aku dengan mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
Lelaki tempatan berusia 45 tahun itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Pattaya selepas alat sulitnya membengkak teruk akibat tersangkut dengan cincin keluli berdiameter tiga sentimeter yang dipakainya selama dua hari.
Menurut pengakuannya kepada pasukan perubatan, dia memakai cincin tersebut bagi mengatasi masalah mati pucuk, namun tidak menyangka ia akan menyebabkan kesakitan dan radang yang serius.
Tambahnya, cincin itu menjadi semakin ketat, menyebabkan alat sulitnya membengkak hingga menyukarkan pergerakan darah.
Bagi membolehkan rawatan diberikan, cincin itu perlu dipotong terlebih dahulu
Susulan itu, pihak hospital mendapatkan bantuan pasukan penyelamat Sawang Borriboon Dhammastan Foundation untuk melakukan pemotongan cincin tersebut.
Menurut pasukan penyelamat, mereka terpaksa menggunakan alat pemotong logam bagi menanggalkan cincin tersebut.
Difahamkan proses itu mengambil masa lebih 45 minit dan malah petugas perubatan terpaksa memegang badannya dengan erat bagi mengelakkan sebarang kecederaan semasa kerja pemotongan cincin itu.
Kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku. Pada Jun 2023, sebuah hospital pernah mengeluarkan amaran kepada golongan lelaki selepas seorang pesakit hampir kehilangan alat sulit akibat memakai cincin keluli untuk tujuan pembesaran zakar.
Dalam insiden lain pada Mac tahun sebelumnya, pasukan penyelamat di Bangkok berjaya mengeluarkan 11 cincin keluli daripada kemaluan seorang lelaki berusia 30 tahun yang pengsan akibat komplikasi serius.
Malah, pada April tahun yang sama, seorang lelaki berusia 65 tahun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan penyelamat selepas kemaluannya tersangkut dalam botol plastik.
Dia mengaku mengambil pil Viagra dan ingin menguji keberkesanannya dengan memasukkan alat sulit ke dalam botol, namun ubat tersebut berfungsi lebih baik daripada yang dijangkakan, menyebabkan kesakitan serius pada alat sulitnya.
Sumber: Sinar Harian