Kisah kehidupan aktor tersohor, Leonardo DiCaprio sentiasa menjadi buruan sama ada ia adalah berita sahih atau sebaliknya.

BERITA TRENDING: Pengarah Meluat, Leonardo DiCaprio Hampir Terlepas Watak Jack Dalam Titanic

Seperti dakwaan yang dilakukan oleh seorang model majalah dewasa, Playboy ini terhadap DiCaprio.

Hieke Konings, 22, mendakwa dirinya pernah bercium dan bercumbu dengan DiCaprio namun menolak untuk mengikutnya pulang ke rumah kerana menyifatkan bintang itu terlalu tua dan aneh.

Menurut Konings, dia berkenalan dengan bintang berusia 49 tahun itu di sebuah kelab rahsia di Los Angeles. Kelab tersebut hanya boleh dimasuki menerusi jemputan.

Sewaktu duduk, dia ternampak DiCaprio di meja lain sebelum dijemput pengurus aktor itu untuk bertemu.

“Kami bertemu, bercium tapi apa yang saya boleh katakan, ciuman DiCaprio biasa-biasa sahaja. Bukan yang terbaik pernah saya alami,” katanya seperti dilaporkan DailyMail.

BERITA TRENDING: Pokok Bunga 'Rare' Ditemui Saintis Dan Dinamakan Sempena Nama Leonardo DiCaprio!

Konings kemudian mendakwa DiCaprio terkejut selepas dia menolak ajakkannya pulang ke rumah.

“Dia terkejut kerana saya menolak. Mungkin dia tidak biasa ditolak. Saya katakan tidak terlalu mengenalinya untuk ikut pulang dan dia balas ‘saya hormati anda’.

“Tapi dia kemudian mengajak wanita lain pulang,” dakwanya lagi.

PILIHAN PEMBACA: Kebakaran Hutan Amazon, Leonardo DiCaprio Derma RM21 Juta!

Model itu malah mendakwa ada dalam kalangan rakannya yang telah tidur dan berasmara dengan DiCaprio dan menyifatkan bintang itu mempunyai selera seks yang aneh.

“Seorang rakan memberitahu dia mempunyai selera aneh dan pelik apabila berada di bilik tidur.

“DiCaprio pernah memakai fon kepala sewaktu berasmara kerana tidak mahu mendengar suara rakan wanita saya.

“Ada juga wanita yang mendakwa dia menutup muka dengan bantal sewaktu berasmara.