Rekaan sampul raya usahawan Kiedacrepe yang memaparkan wajahnya dan suami berjaya menarik perhatian warganet baru-baru ini.

Sampul raya buruk

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Kieda memuat naik tangkap layar memaparkan komen seorang netizen yang mengatakan sampul raya nya paling buruk.

“Sampul raya kiedacrepe paling buruk,” ujar individu tersebut.

Kieda respons

Dalam pada itu, Kieda bagaimanapun hanya mengucapkan terima kasih di atas komen yang dilemparkan individu tersebut.

“Buruk sampulnya, tapi cantik dalamannya. Terpaling buruk tapi terpaling memberi.

“Insya-Allah, terima kasih sebab selalu jadi juri kehidupan saya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Netizen nasihat

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada netizen yang sempat menasihati Kieda agar tidak meletakkan wajahnya di sampul raya tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Sampul raya jarang orang letak gambar sebab end up akan ke tong sampah atau dibuang merata rata. Kesian gmbar kita dipijak-pijak.

“Memang betul orang tu cakap kak, jangan letak muka, kita tak tahu niat buruk orang, kena hati-hati, sediakan payung sebelum hujan.

“Yang letak gambar sendiri biasa sampul-sampul ni kalau dapat kat tangan budak-budak mesti diorang buang,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 1.9 juta tontonan di Platform TikTok.

Berita Trending: Netizen Approved Pencabar Baharu Kieda Crepe? - “Saya Sediakan Air Untuk Pelanggan Sebab Tak Mahu Ada Lagi Yang Pengsan”

Berita Trending: “10 Dah Jumpa Minta Maaf, Yang Ketua Group Hilang Dari Radar” - Kieda Crepe Anggap Perangai Staff Sebagai Ujian Berat