Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
Asyikin Mayudin
17/09/2024
03:56 MYT
Sponsor Banner
Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.

Tidak ubah hadis

Enggan dilihat mempermainkan agama Islam, Luqman, 32, berkata watak yang dibawanya itu hanyalah melibatkan penipuan untuk membuatkan orang lain mengikut katanya.

“Pengarah dan penerbit juga berhati-hati dalam membawakan isu ini kerana ia melibatkan agama. Kita tidak mahu dianggap seperti menghina.

“Oleh itu sepanjang drama ini, kami hanya menunjukkan bagaimana karakter ini menipu sehingga membuatkan ramai yang mahu ikut apa yang dikata.

ARTIKEL BERKAITAN: Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN: Eksploitasi Kanak-Kanak, Agama: Modus Operandi GISB, Kanak-Kanak Dididik Cara Meliwat, Diliwat - KPN

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

“Kami tidak pergi terlalu jauh seperti menyentuh hadis. Segala hadis yang ada dalam naskhah ini adalah yang benar dan tidak diubah,” kata Lukman kepada Gempak

Masyarakat perlu berwaspada

Lega kesedaran mengenai isu penunggang agama semakin menjadi tumpuan, Luqman berharap agar masyarakat berwaspada memandangkan individu berkepentingan akan selalu menggunakan pelbagai cara untuk tujuan manipulasi.

“Kesedaran terhadap isu penunggang agama sudah semakin meluas sehingga diadaptasi menjadi novel. Saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dahulu juga ada isu ektremis.

“Tapi berjaya ditangani dengan baik oleh pihak pengurusan. Orang ambil kesempatan ini bukan kira beragama sahaja, banyak lagi cara, cuma kita perlu fokus dan berhati-hati,” katanya kepada Gempak.
Luqman atau Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, juga berharap agar pengkarya berhati-hati menampilkan sosok penunggang agama agar tidak dilihat cuba menimbulkan fitnah terhadap ajaran Islam.
Drama Satu Hari Nanti menceritakan kisah 'cinta Islamik' antara Noah dan Marissa ditayangkan menerusi platform penstriman digital iQIYI.
Turut sama menjayakan drama arahan Pali Yahya ini ialah Bella Astillah, Eyka Farhana, Shahidan Izwan, Fazlina Ahmad Daud dan Ezaidi Aziz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024