Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia dan keluarga memilih cara makan untuk kurus.

Menurut Fazley dalam banyak-banyak jenis diet, keto diet merupakan cara yang berkesan dan membantu mereka untuk turun berat badan dengan mudah.


“Makan untuk kurus atau tak makan supaya kurus?


“Saya dan @azrene_ahmad pilih makan untuk kurus dan yang penting sihat! Malahan ibu saya @rsd.umi pun join kami makan agar kekal sihat.

“Memamg susah untuk berdiet, tapi lagi susah kalau badan naik dan tak turun-turun, lepas tu penyakit pulak hinggap

“Apa yang saya dan keluarga buat? Kami dah cuba macam-macam jenis diet, tapi kehidupan dengan amalan keto juga yang benar membantu kami sekeluarga,” katanya.

Fazley berkongsi tip berguna itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fazley memuat naik fotonya dan isteri sebelum dan selepas mengamalkan diet tersebut

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan gaya amalan sihat mereka.

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.

“Makan untuk kurus” atau “Tak makan supaya kurus?” Saya dan @azrene_ahmad pilih makan untuk kurus dan yang penting sihat! Malahan ibu saya @rsd.umi pun join kami makan agar kekal sihat Memamg susah untuk berdiet, tapi lagi susah kalau badan naik dan tak turun2, lepas tu penyakit pulak hinggap Apa yang saya dan keluarga buat? Kami dah cuba macam2 jenis diet, tapi kehidupan dengan amalan #keto juga yang benar membantu kami sekeluarga Di @minangkapau juga saya siapkan menu2 yang #ketofriendly serta #Lowcarb menu untuk mereka yang nak jaga pemakanan. Tema kami di #Minangkapau ialah “Salai pon sodap!” So, siapa lagi yang rasa dia dah penat badan berisi? Penat asyik mengah bila naik tangga? Baju2 pulak banyak yang dah tak muat? #seleroketobydfy

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on