Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi, pasti ramai yang masih tercari-cari dekorasi rumah serta kelengkapan diri dan keluarga untuk menyambut kedatangan lebaran.

Dalam pada sibuk membuat persiapan Aidilfitri, korang pun mesti tidak mahu membazir masa mencari restoran yang selesa dan kena dengan tekak untuk berbuka puasa, tak kiralah bersama keluarga ataupun sahabat handai.

Jadi, lokasi paling ideal adalah di Pavilion Bukit Jalil! Boleh dikatakan inilah destinasi one-stop yang ada semuanya di satu tempat.

Jom Gempak kongsikan apa yang korang boleh cari di sini sempena persiapan Aidilfitri tahun ini.

1. Make-over kediaman

Tak meriahlah raya kalau tidak mendekorasi kediaman kan. Di sini ada pelbagai pilihan outlet yang menyediakan pelbagai barangan perhiasan dan kelengkapan rumah antaranya OMG Home, Nitori, Kitchen Shop dan Hooga.

Dari sekecil-kecil perhiasan rumah hinggalah perabot untuk memberikan nafas baharu sempena perayaan Aidilfitri kali ini.

A post shared by Pavilion Bukit Jalil (@pavilionbukitjalil.mall)


Kalau ada yang mencari-cari table setting yang akan membuatkan tetamu melopong apabila datang ke rumah, singgah saja di Nitori.

Manakala di Kitchen Shop pula, korang boleh mendapatkan set SMEG retro style stand mixer yang didatangkan dengan warna hijau.

Melengkapi atmosfera raya, singgah sekali di Hooga untuk mencari haruman kediaman yang akan memberikan sensasi menyamankan.

Lokasi
OMG Home, Level 4 (Orange Zone)
NITORI, Level 2 (Pink Zone)
Kitchen Shop, Level 1 (Orange Zone)
HOOGA, Level 4 (Pink Zone)

2. Melaram all-out raya ni!

Suasana raya tambah meriah dengan pakaian baharu. Di dUCk, korang boleh dapaatkan kaftan Layla yang sangat ideal dipakai pada musim perayaan ini.

Bagi yang nak nampak elegan boleh saja sambar sehelai kebarung EZ set raya di Parkson.

Nak nampak lebih menyerlah, cuba Mini Alcott Scarf Handle Quilted Bag warna kelabu dari Charles & Keith dan tambah sekali cermin mata bergaya dari 68°C Optic. Confirm cun melecun!

Tambah sikit seri di wajah dengan solekan Teint Idole Ultra Wear Foundation dari Lancome serta oleskan bibir korang dengan rangkaian produk di Ainz & Tulpe atau Alha Alfa.

Look raya korang takkan lengkap kalau tak mencuba mandian haruman di Bath & Body Works. Bila wangi dan cantik dari kepala sampai ke kaki, barulah confident nak sambut tetamu datang rumah berhari raya kan.

Lokasi
dUCK, Level 2 (Pink Zone)
Parkson, Level 4 (Pink Zone)
Charles & Keith, Level 3 (Orange Zone)
68°C Optic, Level 4 (Orange Zone)
Lancome, Level 3 (Pink Zone)
Ainz & Tulpe. Level 2 (Orange Zone)
Alha Alfa, Level 2 (Pink Zone)
Arabian Oud, Level 2 (Orange Zone)
Bath & Body Works, Level 3 (Orange Zone)

3. Keluarga pun kena happy!

Sambutan Ramadan dan Aidilfitri lebih lengkap apabila diluangkan bersama-sama keluarga atau insan tersayang, misalnya bestie.

Jadi, di Pavilion Bukit Jalil, ada juga beberapa port menarik untuk korang spend masa misalnya FairyTale Art & Craft atau Puzzle Planet.

Bagi yang bawa anak kecil boleh singgah di Diamond Dotz atau Pingfong Baby Shark. Sambil belajar, si cilik juga boleh berhibur dan bersuka-ria.

Bagi yang mahukan lebih cabaran, korang boleh cuba main ice skating di Blue Ice atau meneroka imaginasi di Little Pirates Playland.

Malah ada juga bumper cars di Toy World Amusement

Lokasi
FairyTale Art & Craft, Level 5 (Pink Zone)
Diamond Dotz, Level 4 (Pink Zone)
Puzzle Planet, Level 4 (Pink Zone)
Blue Ice, Level 5 (Pink Zone)
Little Pirates Playland, Level 5 (Pink Zone)
Toy World Amusement, Level 5 (Orange Zone)
Pinkfong Baby Shark, Level 5 (Orange Zone)

4. Masa untuk iftar!

Lepas seharian penat membeli-belah dan berseronok, tibalah masa untuk korang berbuka puasa dengan menikmati pelbagai juadah kegemaran.

Ada pelbagai rangkaian restoran untuk korang pilih yang sesuai dengan selera. Bagi peminat hidangan berasaskan rempah-ratus, cuba restoran dari Thailand, Khiang. Ada sup tom yam sedap dan udang sungai yang menyelerakan. Tak rugi!

BBQ Town pula menunggu korang yang sukakan daging bakar, manakala Suki-ya menjanjikan pelbagai seleksi hidangan untuk korang makan sampai kenyang.

Bagi yang nak cuba grilled Australian wagyu beef boleh singgah di Tokyo Teppan.

Tapi, korang juga perlu cuba Rendang Chicken Drumstick dengan Nasi Lemak Pandan di Real Kungfu GD atau Asam Laksa di D'Laksa. Bagi pencinta Kari Kepala Ikan dan Char Kway Teow, boleh singgah di Grandmama's atau Madam Kwan's.

Lokasi
Khiang, Level 1 (Pink Zone)
BBQ Town, Level 4 (Pink Zone)
Suki-ya, Level 5 (Orange Zone)
Tokyo Teppan, Level 2 (Orange Zone)
Real Kungfu GD, Level 1 (Pink Zone)
D’Laksa, Level 1 (Orange Zone)
Seniman, Level 4 (Orange Zone)
Grandmama’s, Level 1 (Orange Zone)

5. Cuci mulut

Lepas makan kenalah cari pencuci mulut pula kan!

Pencinta dessert boleh singgah di Dao Desserts yang menyediakan juadah berasaskan soya atau di Kwong Wah Ais Kacang untuk semangkuk ABC.

Nak pilihan lain seperti minuman yogurt, boleh berkunjung ke More Yogurt. Manakala, di The Grass pula korang boleh menikmati minuman dan pencuci mulut grass jelly.

Lokasi
Dáo Desserts, Level 2 (Orange Zone)
Kwong Wah Ais Kacang, Level 3 (Pink Zone)
More Yogurt, Level 1 (Pink Zone)
The Grass, Level 4 (Pink Zone)