Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Budak 13 Tahun Lahir Anak Luar Nikah, Salah Ibu Bapa atau Mangsa Keadaan?

gempak
Syafiqah Jalal
25/06/2021
09:23 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Budak 13 Tahun Lahir Anak Luar Nikah, Salah Ibu Bapa atau Mangsa Keadaan?
Baru-baru ini gempar seorang kanak-kanak berusia 13 tahun melahirkan anak di rumah ketika hening malam sewaktu semua orang sedang nyenyak tidur.
Terkejut dan luluh hati ibunya yang terjaga pada jam 3 pagi apabila melihat anaknya sedang membersihkan seorang bayi yang tiba-tiba hadir di dalam rumah mereka.
BACA: Bangun 3 Pagi Lihat Anak Tengah Bersihkan Bayi, Ibu Terkejut Budak 13 Tahun Bersalin
Mami Piqah sendiri terkejut dengan berita itu kerana ia sangat jarang kita dengar budak sewal usia begitu hamil apatah lagi melahirkan seorang bayi.
Namun Mami Piqah puji dengan tindakan ibunya yang tidak berfikir panjang lalu terus membawa anak dan bayi tersebut ke hospital untuk menerima rawatan.
Lebih mengejutkan lagi bila mendapat tahu lelaki yang bertangungjawab ke atas kelakuan keji itu merupakan sepupu lelakinya sendiri yang baru sahaja berusia 14 tahun! Juga seorang anak yang masih muda!
Mami Piqah tiba-tiba berasa sangat takut bila dengar berita itu. Yelah sebagai ibu, bukan mudah untuk membesarkan anak-anak di zaman penuh cabaran ini, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.
Ibu bapa mana yang mahu ia berlaku kepada anak mereka bukan? Tapi pasti banyak jari akan menuding kepada ibu bapa anak perempuan itu. Malu? Itu sudah pasti!
Apa jua alasan mereka, Mami Piqah pasti ia akan menjadi sejarah hitam buat mereka dan sedikit sebanyak tetap menerima pandangan serong dari masyarakat.
Namun itulah cabaran sebagai ibu bapa, tak mungkin anak yang baru sahaja akil baligh itu dibuang begitu sahaja? Anak tetap anak, ibu mana tak yang sayang anak, lebih-lebih lagi apabila teraniaya dan menjadi mangsa rogol.
Kalau bukan salah didikan ibu bapa, jadi siapa yang patut dipersalahkan atau ia hanya mangsa keadaan? Bagaimana dengan pandangan masyarakat?
Pasti ramai yang akan menyalahkan ibu bapa kerana dituduh kurang memberi didikan agama atau sebagainya, tapi sejauh mana kita sendiri tahu ia menjamin nasib dan takdir tentang apa yang akan berlaku atau telah ditentukan Tuhan?
Apa jua yang difikirkan pasti menjadi serba tidak kena terutama di mata masyarakat Melayu.
Apa-apa pun bagi Mami Piqah harap masyarakat kini sepatutnya bersikap lebih terbuka dan memberi sokongan yang padu kepada ibu dan anak tersebut kerana ia dugaan dan ujian yang mereka sendiri tidak pernah terfikir akan berlaku dalam hidup mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live