Laman Utama

#MamiPiqahCorner: “Hanya Katil Jadi Tempat Berpaut”- Bersalin Ketika PKP, Ini 3 Persediaan Mental Untuk Ibu-Ibu

gempak
Syafiqah Jalal
04/06/2021
10:00 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: “Hanya Katil Jadi Tempat Berpaut”- Bersalin Ketika PKP, Ini 3 Persediaan Mental Untuk Ibu-Ibu
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan tahun lalu, banyak operasi prosedur standard (SOP) telah dibertukar dan diperketatkan termasuk di semua hospital dan pusat perubatan.
Bila kata mengenai hospital, apa yang membimbangkan adalah ibu hamil yang hendak melahirkan cahaya mata mereka ketika dalam tempoh PKP ini kerana di waktu genting itu pasti perhatian lebih diharapkan.
Mami Piqah bukan hendak menakutkan, tapi ibu hamil yang dijangka hamil dalam tempoh ini perlu membuat persediaan mental sebelum mereka tiba di dewan bersalin nanti.
Mami Piqah tertarik dengan satu perkongsian oleh seorang ibu yang mempunyai pengalaman melahirkan anaknya dalam tempoh ini.
Menerusi akaun Anies Surianie di laman Facebook, dia menceritakan pengalamannya serta persediaan mental dan kawalan ketat pihak hospital terutama di hospital kerajaan.
1. TIADA PENEMAN DALAM LABOUR ROOM
Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami atau waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ya ibu-ibu yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, mana tahu nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin).
Ingat balik pesan nurse atau doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.
Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung tak boleh jenguk isteri dah masa ni.
Saya haritu hanya sorang nurse yang sambut baby. kebetulan sampai je dah penuh dalam dewan bersalin lain, ada gang nak beranak skali. Hehe hanya katillah yang jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk ibu dan anak selamat.
2. TIADA PENEMAN SIANG & MALAM DALAM WAD
Sediakan barang baby dan ibu secukupnya. Untuk labour room dan dalam wad packing siap-siap nanti senang husband bawa je. Kalau ada sakit kencing manis atau rasa- rasa kena beranak emergency pun kena prepare awal-awal.
Paling penting bersedia dengan banyak-banyak belajar cara menyusu. Dalam wad nanti hanya susu ibu senjata utama untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak atau suami disisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.
Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang diri. Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik jugak la air mata. Tambah-tambah terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.
3. TIADA PELAWAT DIBENARKAN MASUK PAGI ATAU PETANG
Kalau mak atau suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg baju pun guard yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.
Nasib baik bersalin kat HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.
Perkongsian ibu ni ditulis pada 24 Mac 2020 dan dia selamat melahirkan bayi lelaki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024