Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-73 yang disambut pada hari ini, menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin punyai cara tersendiri untuk meraikannya.

Menyarung busana tradisional negara republik itu, Tya, 23, yang berasal dari Palembang, Indonesia turut menulis sepotong sajak.

Tanah air ku tidak kulupakan Kan terkenang selama hidupku Biarpun saya pergi jauh Tidak kan hilang dari kalbu Tanah ku yang kucintai Engkau kuhargai Walaupun banyak negeri kujalani Yang masyhur permai dikata orang Tetapi kampung dan rumahku Di sanalah ku rasa senang Tanah ku tak kulupakan Engkau kubanggakan DIRGAHAYU INDONESIAKU ❤️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on


Peminat yang tersentuh dengan jiwa patriotik Tya turut memuji kecantikan pelakon itu.

Malah, ada antara peminatnya yang merindui kampung halaman berkongsi ucapan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.

"Kita sama berasal dari indonesia yg menikah dan menetap di sini. Tapi tanah air tidak akan pernah bisa dilupakan. Dirgahayu indonesia tanah air ku," tulis @jenny_lim78.

"Dirgahayu Indonesia merdeka walaupun jauh dikampung orang tetap akan terkenang kampung halaman," tambah @iamdeniramadani.

"Kita sama @tyaarifinnw walau kita menetap di Malaysia, tidak akan lupa dengan tanah air tercinta kita . Indonesia lah tanah kelahiran kita, tanah di mana kita dibesarkan. Salam Dirgahayu Indonesia," tulis @nani_choong.

Tya berkahwin dengan anak tiri Siti, Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif, pada 31 Mac tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Tya bakal muncul dengan filem Preman Pensiun, arahan Aris Nugraha dan bakal menemui penonton di pawagam Indonesia mulai 13 September depan.