Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

Menerusi entri Instagram (IG), Asyraf mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua dan meminta pengikutnya supaya mendoakan perjalananya ke tanah suci akan dipermudahkan.

"Saya bersama anak isteri juga adik akan bertolak ke Tanah Suci sebentar lagi.

"Doakanlah kami semua memperolehi umrah sempurna di sisi Allah. Serta dipermudahkan segala urusan dalam kebaikan.

"Dikesempatan ini saya dan keluarga memohon kemaafan andai terdapat kesalahan mahupun kekasaran tutur kata bahasa kami.

Saya bersama anak isteri juga adik akan bertolak ke Tanah Suci sebentar lagi. Doakanlah kami semua memperolehi umrah sempurna di sisi Allah. Serta dipermudahkan segala urusan dlm kebaikan. . . Dikesempatan ini saya dan keluarga memohon kemaafan andai terdapat kesalahan mahupun kekasaran tutur kata bahasa kami. Mana-mana pihak yang terguris hati, mohon agar diampunkan. . . Salam dari kami sekeluarga.

A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on


"Mana-mana pihak yang terguris hati, mohon agar diampunkan. Salam dari kami sekeluarga," tulisnya.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar Asyraf dan keluarganya sentiasa diberi kesihatan yang sihat ketika berada di Makkah dan Madinah.