Model dan pempengaruh terkemuka, Bella Hadid mengakui menyesal melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya ketika dia masih berusia 14 tahun.
Menerusi temubual bersama Vogue, Bella berkata, dia masih berharap yang dia tidak mengubah apa-apa dan berbangga dengan hidung asalnya.
“Saya harap saya masih lagi ‘simpan’ hidung nenek moyang saya. Saya fikir saya akan terbiasa dengan hidung lama saya,” katanya.
Bella turut bercerita tentang bagaimana dia menganggap dirinya tidak cantik berbanding kakaknya, Gigi Hadid
“Saya merupakan adik yang hodoh. Rambut saya coklat gelap. Saya tak cool macam Gigi, tak ramah.
“Apabila kita diberitahu tentang sesuatu hal banyak kali, kita pun percaya. Saya selalu tanya diri saya, macam mana seorang gadis yang ada masalah kurang keyakinan, kemurungan, benci disentuh, sering gementar dan masalah pemakanan boleh terjebak dalam industri ini (fesyen),” katanya lagi.
Dalam pada itu, Bella turut menjawab persoalan sama ada dia melakukan pembedahan kosmetik pada keseluruhan wajahnya.
Hal ini kerana, ramai yang menuduh dia melakukan pembedahan plastik seperti prosedur menaikkan mata dan juga mengikis rahang.
“Orang ramai fikir saya dah musnahkan muka saya kerana (mereka membandingkan) gambar wajah waktu remaja saya yang nampak kembang.
“Saya tidak menggunakan filler. Hentikanlah,” katanya.
Berkenaan dengan prosedur menaikkan matanya, Bella menjawab: “Ia hanyalah face tape!” kongsinya.
Untuk rekod, Bella merupakan anak kepada pemaju hartanah berketurunan Palestin, Mohamed Hadid.
Mohamed Hadid mendirikan rumah tangga dengan Yolanda Hadid dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Gigi Hadid, Bella Hadid dan Anwar Hadid.
Izwan Isa
Wed Mar 16 2022


#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi
Program menarik! Jom tengok

“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik
Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik

Wak Doyok Pilih Calon Isteri Yang Boleh Tinggal Dengan Ibu - “Saya Juga Mementingkan Aspek..."
Itu syarat Wak Doyok

Shuk Sahar Sah Bercerai Dengan Rossa Sera - “Sebenarnya Selepas Balik Umrah Bersama, Kami Ada…”
Doa yang baik-baik untuk Shuk & Sera.

“Bohong Je Kerja! Aku Malas Nak Cari Jantan-Jantan Yang Kau Scam” - Afiq Muiz Dedah Mesej Curang Isteri
Afiq dedah mesej isteri.

Emma Maembong Hanya Tahu Jantina Baby Ketika Acara ‘Gender Reveal’ - “Setiap Kali Check Up Juga La Tahan Mata…”
Semoga dipermudahkan urusan Emma nak bersalin.

Dua Kali Kena Tipu, Akhirnya Wafariena Berjaya Miliki Kereta Idaman - “Tak Nak Cakap Banyak, Tengok Je..."
Tahniah Wafariena!

“Nak Aku Kerja Bagi Kau Makan?”- Tanggung Biawak Hidup, Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja
Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja

Tular Video Buka Tudung & Berparti, Ini Kata Mia Sara - "Saya Terima Dengan Hati Terbuka"
Mia Sara tampil jelaskan mengenai isu buka tudung dan berparti

Hafidz Roshdi Sudah Ke Hospital Bahagia - "Namun Keputusan..."
Hafidz Roshdi dah jalani rawatan di Hospital Bahagia