,
Hiburan

Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”

Mya Amri
29/03/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Amir Jahari meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk memiliki kereta pertama akhirnya tercapai.
Amir berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akau Instagram miliknya.

Kereta untuk anak-anak selesa

Menurut Amir, pembelian kereta itu bertujuan untuk memberi keselesaan buat anak-anaknya terutamanya yang melibatkan perjalanan jauh.
“Kalau dulu, aku rasa benda ni mustahil. Tapi bila aku nekad nak bagi keselesaan untuk anak-anak bila kami travel jauh, nak jemput dan bawa family dari Sarawak jalan-jalan bila datang KL, slowly, aku nampak jalannya.
“Tidak. Ini bukan dari duit menang AJL38. Orang kata AJL38 ni turning point aku. Pun bukan. Masa viral kisah aku hidup susah, macam-macam orang kata.
“Ada yang suruh aku kerja grab la, kerja kilanglah, kerja 7/11 lah. Jangan malas lah. Jangan memilih kerja lah.
“Muzik ni tak sesuai untuk aku lah. Orang kata aku tak menyimpan lah. Macam-macam. Padahal masa video tu viral, hidup aku dah makin baik dah.
“Sebelum tu susah bukan sebab aku malas. Bukan sebab aku memilih untuk bekerja. Macam-macam juga kerja aku buat.
“Aku mengajar di Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni, aku but servis cipta laqu juga. Aku pernah minta kerja dengan Luncai Emas. Tapi keadaan aku tak stabil, kejap aku okay, kejap aku tak okay,” coretnya.

BERITA TRENDING: Tepati Ramalan, Amir Jahari Menangis, Sujud Syukur! Hasrat Dinobat Juara AJL38

Turning point bermula…

Dalam pada itu, Amir mendedahkan titik permulaan dirinya kembali bersemangat untuk bermain muzik bermula adalah selepas dirinya kehilangan bapa kesayangan.
“Turning point aku bermula pada tahun bapa aku meninggal. Aku main muzik balik. Aku buat tour walaupun tak ada modal.
“Banyak aku fikir dan banyak aku belajar. Aku makin serius menyimpan. Aku mula belajar tentang investment. Fast forward, Alhamdulillah, my 1st ever Car!” tulisnya.

Komen netizen

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen memuji Amir kerana tidak membeli kereta berjenama mewah.
Antara komen yang diterima adalah:
“Pemilihan kereta yang bijak, tidak terlalu mewah. Cukup sedang-sedang keperluan berkeluarga. Tahniah,”
“Sederhana itu nyaman, tahniah,”
“Stay humble bro, inilah hikmahnya sebalik kesusahan dan kesulitan yang dihadapi. Alhamdulillah, doa doakan saya juga agar dapat hikmah di sebalik dugaan semasa. Steady bro, selalu ingat family, rakan taulan yang banyak tidak pernah berputus asa dan selalu memberi sokongan disaat kesulitan diri mu bro. Take care and be safe,”

BERITA TRENDING: “Banyak Masuk Pertandingan Tapi Tak Pernah Ada Nombor Pun…” - Amir Jahari Terkejut Dinobat Juara AJL38

Terdahulu, Amir dinobatkan sebagai sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu Hasrat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“10 Tahun Ibu Bawa Exora Manual, Saya Tak Pernah Sekali Pun Malu” - Qistina Raisah Syukur Dapat Beli Kereta Baru

gempak
21/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Qistina Raisah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kereta Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Berita

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

gempak
19/11/2024
09:55 MYT
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.
Hiburan

Selepas Kereta Maxus, Nabila Beli Range Rover Harga RM2.5 Juta, Netizen Tumpang Happy - “Suka Tengok Orang Bekerjaya Berjaya…”

gempak
08/11/2024
07:55 MYT
Selepas baru sahaja beberapa bulan memiliki kereta jenama mewah MPV, Westar Maxus usahawan, Noor Nabila kembali mencuri perhatian warganet apabila membeli kereta jenama Range Rover pula.
Unitar