Ramai mengetahui ketika ini pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad bersama isteri, Syafiqah Aina sedang mengerjakan ibadah Umrah di Makkah.

Bagaimanapun, Hafiz yang berada di sana sejak minggu lalu mendedahkan dia mempunyai satu ‘hobi’ yang sering dilakukan selepas menunaikan solat iaitu mengambil peluang untuk mengusung jenazah.

Malah, selain berusaha untuk merebut peluang mengangkat jenazah, Hafiz turut tidak ingin melepaskan peluang untuk menziarahi makam baginda Rasulullah.

“Antara perkara yang saya tidak akan lepaskan peluang adalah ziarah makam Nabi Muhammad, solat di dalam Raudhah dan satu lagi saya akan rebut peluang untuk angkat jenazah.

“Setiap kali saya pergi Madinah atau Makkah, selepas menunaikan solat saya akan usahakan untuk angkat jenazah.

“Pahala angkat jenazah ini besar. Cumanya kalau nak ambil peluang itu kena pandai cari tempat yang betul,” kongsinya menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, Hafiz menyifatkan seseorang yang meninggal di Makkah akan mendapat satu ganjaran pahala yang besar daripada Allah S.W.T.

Malah dia turut ‘meminta’ sekiranya dia akan menghembuskan nafas terakhirnya di tanah suci Makkah.

“Meninggal dunia di bumi Makkah adalah satu rezeki yang besar. Kita kena minta-minta tau meninggal dunia dekat sini (Madinah), namun sekarang minta dipanjangkan umur dulu supaya dapat berbakti kepada agama.

“Saya tengok ramai yang ambil peluang untuk usung jenazah, confirm mereka yang meninggal ini insan-insan syurga. Insyallah. Berjuta orang yang mendoakan jenazah yang meninggal di sini. Subhanallah,” tambahnya.

BACA: [VIDEO] Hafiz Mahamad ‘Sewa’ Kapal Terbang! Bawa Staff, Orang Susah, OKU & Anak Yatim Tunai Umrah

BACA: [VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangan Mengerjakan Umrah Tahun Depan