Laman Utama

Mira Filzah Rancang Sambung Bulan Madu Di Eropah, Teringin Nak Main Salji Di Finland - "Sejak Kahwin Tak Sempat Nak Cuti Bersama"

gempak
Amri Hassan
11/12/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Mira Filzah Rancang Sambung Bulan Madu Di Eropah, Teringin Nak Main Salji Di Finland - "Sejak Kahwin Tak Sempat Nak Cuti Bersama"
Pelakon jelita Mira Filzah bakal terbang ke beberapa negara Eropah minggu hadapan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama suaminya, Wan Emir Astar.
BACA: "Sampai Waktu Tepat Saya Akan Umumkan" - Mira Filzah Ulas Spekulasi Hamil
Kongsi Mira, destinasi Eropah dipilih kerana tidak memerlukan visa pelancongan selain berhasrat untuk mengunjungi lokasi musim sejuk.
"Minggu depan insya-Allah saya akan bercuti ke Eropah selama tiga hingga empat minggu. Hanya saya dan suami sahaja, mungkin akan ada adik-beradik kami yang lain yang akan ikut.
"Kenapa pilih Eropah kerana itu antara lokasi yang sempadannya dibuka, tidak memerlukan visa dan lebih dekat kalau dibandingkan dengan Amerika Syarikat.
"Semenjak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka.
"Apapun risau tu ada. Lagipun sampai bila nak tunggu COVID-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP).
"Kalau tunda ke tahun hadapan pun kita tak tahu apa akan jadi, mungkin ada benda lain yang akan menghalang. Wallahualam, kita ikut saja," katanya kepada Gempak.
Mira ditemui pada majlis pelancaran model terbaharu jenama telefon pintar Vivo V23e di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketika di Eropah, selain selain United Kingdom salah satu lokasi yang akan dikunjungi Mira adalah Finland.
Sementara itu, Mira memberitahu bakal kembali ke lapangan seni dan memulakan penggambaran selewat-lewatnya selepas sambutan Aidilfitri tahun hadapan.
"Shooting saya minta manager kosongkan dulu, alang-alang dah pergi tu baik lama sikit. Ada tawaran drama tapi tak ada confirm apa-apa lagi, semua akan shoot lepas raya.
Balik Januari tolak kuarantin semua, lepas tu akan sibuk dengan kempen raya. Kiranya masa yang tepatlah untuk sambung bekerja lepas raya tu," tambahnya.
Untuk rekod, Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024