,
Laman Utama

Mira Filzah Umum Hamil - "Usia Kandungan Akan Masuk Trimester Ketiga Tak Lama Lagi"

Amri Hassan
20/01/2022
15:11 MYT
Pelakon dan pengacara Mira Filzah mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Menerusi hantaran di Instagram, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar memaklumkan usia kandungan Mira bakal memasuki trimester ketiga.
"Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
"As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far.
"Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang," tulisnya.
Dalam hantaran sama, Wan Emir turut merakamkan ucapan terima kasih atas doa yang dikirimkan oleh peminat dan kenalan mereka selama ini.
"Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA," tambahnya bersama tanda pagar #ArahManaSyurga.
Mira pada 9 Disember 2021 berjanji akan berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya sekiranya benar-benar sudah bersedia.
BACA: "Sampai Waktu Tepat Saya Akan Umumkan" - Mira Filzah Ulas Spekulasi Hamil
Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar