Laman Utama

Misteri Bunjut Kuning ‘Penjaga’ Tandas Rumah Sewa Lama - “Menyesalnya Aku Guna Tandas Tu, Sampai Sekarang…”

gempak
Hanafis Haris
26/08/2021
13:31 MYT
Sponsor Banner
Misteri Bunjut Kuning ‘Penjaga’ Tandas Rumah Sewa Lama - “Menyesalnya Aku Guna Tandas Tu, Sampai Sekarang…”

Masih terngiang-ngiang di fikiran ketika aku menyewa rumah di Seksyen 2, Shah Alam sekitar enam tahun lalu.

Ketika itu, aku tinggal bersama lapan orang lagi ‘housemate’ daripada universiti yang sama. Ramai bukan?

Namun, biarpun ramai ia bukanlah penghalang untuk rumah berkenaan menerima gangguan.

Hakikatnya tiada seorang pun berani menggunakan tandas kedua yang terletak di bahagian dapur.

Untuk makluman, rumah kami mempunyai dua tandas, satu bersaiz besar dan satu lagi agak kecil.

Peliknya, tuan rumah awal-awal lagi sudah beri amaran jangan guna tandas kecil itu. Katanya, sistem paip di situ ada masalah.

Nak dijadikan cerita pada satu malam, aku sudah tak tahan nak buang air kecil.

Tandas utama pula ada orang guna, memang jadi obor-oborlah aku menahan.

Tanpa fikir panjang, aku pun masuk tandas ‘misteri’ itu dan terus aku jadi hairan.

“Eh ok je paipnya, flush semua ok, cuma kotor la sikit lama tak guna,” bisik hati aku.

Adakah tuan rumah sengaja mereka cerita supaya bil air melambung naik? Entah la.

Aku pun teruskan ‘urusan’ aku, tapi….keluar saja daripada bilik air itu, aku tergamam!

Dah ke mana pula pergi semua orang? Eh jangan buat main.

Walaupun puas aku panggil nama semua, tiada siapa pun yang sahut.

Aku dah cemas masa tu, meremang usah ditanya, bulu dah sentiasa tegak dan seram sejuk.

Aku rasa seperti berada di dunia lain dan sesekali aku terdengar dengusan kuat dari bilik air tersebut. Ah sudah!

Aku pun ambil tindakan drastik dengan melaung azan dan membaca ayat kursi.

Usai saja bacaan, mata aku kembali gelap, sampailah aku terdengar ada orang panggil nama aku.

“Remy, remy, remy, kau ok ke?”

Rupanya, rakan aku jumpa aku terbaring di luar rumah sambil memegang bungkusan bunjut kuning. Yup macam sup bunjut tu.

Terkejut aku dibuatnya! Bila masa pula lah aku pegang bunjut kuning ni.

Lepas aku tanya tuan rumah tentang isu itu, barulah tuan rumah cerita hal sebenar.

Rupanya tandas itu memang berpenghuni sejak dia beli rumah tu.

Bunjut kuning itu pula diletakkan di belakang mangkuk tandas sebagai pendinding.

Katanya, mungkin aku terpegang bunjut kuning itu hingga membuatkan ‘benda’ itu mengacau aku sampai tidak sedar apa yang berlaku.

Sejak daripada itu, aku serik dengan rumah sewa.

Biarpun kejadian itu dah berlalu tetapi aku masih kerap mengalami mimpi ngeri.

Peliknya mimpi tersebut hampir sama. Aku memandang rumah lama dan ada lembaga yang melambai.

Adakalanya ia muncul dalam bentuk lain seperti muncul ketika aku berjalan dan sebagainya. Situasi berbeza tetapi lembaga yang sama.

Kalau ada yang tahu apa punca gangguan dan di mana tempat berubat, aku sangat alu-alukan.

Moga kisah aku jadi pedoman buat semua supaya tidak mengganggu apa yang tidak sepatutnya diganggu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live